Blog rasmi Kem Bakat Badminton KBS

Badminton Unlimited 2016 | Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Negaraku...berkumandang di bumi Mesir selepas Ridzwan Rahmat/Misbun Shawal muncul juara

Youtube

Instagram

Twitter

31 Mac 2017

Kunjungan Nusa Mahsuri ke atas TKSUK Jabatan Perdana Menteri


Pengurusan Nusa Mahsuri telah melakukan kunjungan hormat ke atas Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Othman bin Hj Mahmood di pejabatnya pada semalam.

Antara pegawai yang hadir ialah Presiden kelab, Dato' Seri Haji Mohd Jalani Dato' Haji Sidek, Ketua Jurulatih, Datuk ( Dr) Haji Misbun Dato' Haji Sidek, Haji Abdul Rahman Dato' Haji Sidek, Encik Shamsul Anuar Adnan dan Encik Norkamal Ahmad.

Kunjungan ini antara lain bertujuan menerangkan perjalanan aktiviti kelab dan peranannya dalam pembangunan badminton di pelbagai peringkat selain berbincang mengenai kerjasama yang boleh dimainkan kedua-dua pihak.


28 Mac 2017

KCBC International 2017: Lembaran baru buat Ziyad Md Tah


Penyertaan pemain Nusa Mahsuri, Mohd Ziyad Md Tah di Kejohanan KCBC International baru-baru ini membawa lembaran baru buat dirinya apabila muncul pemenang ketiga kategori terbuka kejohanan tersebut.

Di peringkat awal, anak kelahiran Johor ini berdepan cabaran getir apabila diundi menentang dua rakan sepasukan, Ridzwan Rahmat dan Muhammad Izzuddin Shamsulmuzli sebelum tewas ditangan Chong Wei Feng di peringkat separuh akhir.

Bagaimanapun, Ziyad menebus kekalahan itu dengan membenam bekas pemain negara, Syed Akhbar Shah Syed Mustakim dalam pertemuan merebut tempat ketiga. Ziyad menang  21-13, 21-9 dalam 

KCBC International 2017 3rd Place: ZIYAD MD TAH vs SYED AKHBAR

KCBC International 2017 Semi Final: ZIYAD MD TAH vs CHONG WEI FENG

KCBC International 2017: Medan uji keampuhan


Penyertaan pemain-pemain Nusa Mahsuri di KCBC International baru-baru ini sebelum mengambil bahagian ke kejohanan peringkat antarabangsa.

Ini merupakan medan mengutip sebanyak mungkin pengalaman beraksi serta mengenal pasti keampuhan dan kelemahan permainan dalam usaha mengotakan impian bergelar pemain bertaraf dunia. Teruskan perjuanganmu wahai Mohd Ziyad Md Tah, Muhammad Izzuddin Shamsulmuzli.

Meskipun muncul sebagai pemenang tempat ketiga kategori terbuka, Ziyad dan rakan sepasukan masih memiliki kelemahan cukup ketara yang perlu diperbaiki menjelang kejohanan akan datang apatah lagi berdepan lawan-lawan mereka yang lebih berpengalaman.

26 Mac 2017

Kemeriahan majlis ulangtahun kelahiran Izran, anak Rashid Sidek


Izran, anak ketiga pasangan lagenda badminton negara, Hj Abdul Rashid Dato' Hj Sidek dan Azehan Abdul malam ini dirai lebih awal oleh ahli keluarga dan saudara terdekat sempena ulangtahun kelahiran @ happy birthday pada esok.

Turut memeriahkan majlis ialah kehadiran KSU Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Dato' Lokman Hakim Ali,  bapa saudaranya, Datuk Misbun Sidek, Dato' Seri Hj Mohd Jalani Dato' Hj Sidek dan Hj Rahman Dato' Hj Sidek  serta ibu saudara, Datin Latifah Sidek serta pemain-pemain Nusa Mahsuri.


19 Mac 2017

Badminton Sukan SEA ke-29: 7 pingat jadi taruhan


Acara badminton temasya Sukan SEA ke-29 @kualalumpur2017 akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil bermula 23 - 30 Ogos 2017 yang menawarkan keseluruhan tujuh pingat.

#badminton
#seagames
#axiataarena

17 Mac 2017

Kobe team completed training in Nusa Mahsuri

Team Kobe tamat latihan dengan cemerlang di Nusa Mahsuri


Team Kobe yang terdiri daripada tiga pemain dan seorang jurulatih berjaya menamatkan latihan intensif jangka pendek dengan cemerlang yang berakhir semalam.

Sepanjang berada di sini, team Kobe didedahkan dengan pelbagai latihan khususnya dalam persiapan menghadapi sesuatu kejohanan yang dikendalikan Datuk (Dr) Misbun Sidek sambil dibantu coach Salim Samion.

Majlis sambutan Ulangtahun Kelahiran Misbun Ramdan & Lia Murni

Keluarga rai sambutan Ulangtahun Kelahiran Misbun Ramdan & Lia Murni


Majlis Ulangtahun Kelahiran ke-26 Misbun Ramdan Misbun dan Lia Murni Misbun disambut meriah dalam satu majlis  ringkas yang turut dihadiri Datuk Misbun Sidek dan isteri, Datin Latifah Sidek malam tadi.

16 Mac 2017

Selamat Ulangtahun Kelahiran ke-26 buat Misbun Ramdan & Lia Murni


Selamat Ulangtahun Kelahiran (Happy Birthday) diucapkan teristimewa buat pemain utama Kelab Badminton Nusa Mahsuri, Misbun Ramdan Misbun dan juga Lia Murni Misbun pada hari ini.

Mudah-mudahan kehadiran detik terindah ini mampu bisa mencernakan kehidupan mendatang kalian berdua menjadi lebih baik, sentiasa dilimpahi rezeki bercambah serta bergembira disamping insan tersayang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails