Blog rasmi Kem Bakat Badminton KBS

Badminton Unlimited 2016 | Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Negaraku...berkumandang di bumi Mesir selepas Ridzwan Rahmat/Misbun Shawal muncul juara

Youtube

Instagram

Twitter

15 Mei 2016

Datin Latifah Sidek Tokoh Ibu AMF Women and Mothers Appreciation Day


Datin Latifah Sidek telah terpilih menerima Tokoh Ibu bersempena AMF Women and Mothers Appreciation Day anjuran Asean Mosque Festival yang diketuai Pengerusinya, Dr. Mohammad Nawar Ariffin.

Penghargaan ini disampaikan Isteri Tuan Yang Terutama (TYT) Yang DiPertua Negeti Sabah, Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datin Seri Panglima Hajah Norlidah binti Datuk R.M. Jasni. Turut hadir ialah isteri TYT Duta Indonesia ke Malaysia, Ibu Ratna Andarwaty.

10 Mei 2016

Nur Hidayah pilihan hati Misbun Shawal akhiri zaman bujang


MISBUN Shawal Misbun, anak teruna lagenda badminton negara, Datuk Dr Misbun Sidek dan Datin Latifah Sidek mengakhiri zaman bujang dengan memilih Nur Hidayah Mohamed sebagai teman hidupnya.

Dengan berwalikan ayahanda mertuanya sendiri sambil disaksikan keluarga terdekat, Misbun Shawal dan Nur Hidayah disahkan sebagai pasangan suami isteri dengan sekali lafaz.

Nur Hidayah menerima mas kahwin RM300 berserta tujuh dulang hantaran berbanding sembilan.

Kedua-dua mempelai kemudiannya diraikan dengan majlis resepsi perkahwinan di dua lokasi berbeza. Pihak sebelah perempuan telah mengadakan majlis tersebut di sebuah dewan di Keramat pada 7 Mei lalu diikuti sebelah lelaki telah berlangsung sehari berikutnya.

Pada majlis sebelah lelaki yang berlangsung di Dewan Tan Sri Ainuddin, UTM Kuala Lumpur kelihatan ramai tetamu VVIP hadir memeriahkan suasana. Antaranya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato'Seri Jamil Khir Baharom, Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, Wakil Presiden Persatuan Badminton Thailand, Encik Tessana, Presiden Persatuan Badminton Malaysia, Tan Sri Dato' Al-Amin Abdul Majid, Tan Sri Abd Karim Munisar, Timbalan Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Badrul Hisham Othman, Pendaftar Pertubuhan Belia KBS, Dato' Madzrib Ibrahim dan Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Belia KBS, Dr. Ghani Yusof.

Paling mencuri tumpuan ialah kehadiran kedua-dua anak didik Datuk Misbun iaitu Dato' Lee Chong Wei dan Datin Wong Mew Choo. Nyata aura dimiliki Chong Wei yang baru sahaja menjuarai Kejohanan Badminton Asia baru-baru ini cukup berbisa apabila dikerumuni para peminat dari awal hingga akhir beliau melangkah keluar dewan. Ditambahkan pula penampilan lima Sidek Brothers terdiri daripada Datuk Misbun sendiri, Dato' Seri Jalani, Dato' Razif, Haji Rahman dan Haji Rashid.






08 Mei 2016

Kunjungan hormat Persatuan Badminton Thailand ke Nusa Mahsuri


PERSATUAN Badminton Thailand telah melakukan kunjungan hormat ke Nusa Mahsuri dengan menemui Datuk Dr Misbun Sidek lewat petang tadi.

Ia diketuai Pendaftar Mr. Tassana Phuksapisalsip mewakili Presiden Persatuan Badminton Thailand. Turut hadir ialah jurulatih Mr. Udom.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails