Badminton Unlimited 2016 | Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Sukan Sea Kuala Lumpur 2017

Blog rasmi Kem Bakat Badminton KBS

Sabah dinobat juara Kejohanan Kem Bakat Badminton KBS 2016

Sabah dinobat juara Kejohanan Kem Bakat Badminton KBS 2016

Negaraku...berkumandang di bumi Mesir selepas Ridzwan Rahmat/Misbun Shawal muncul juara

Youtube

Instagram

Twitter

17 Februari 2015

Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran Datuk Dr Misbun Sidek dan isteri hari ini


PIHAK pengurusan Kelab Badminton Nusa Mahsuri mengucapkan Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran buat Datuk Dr. Haji Misbun Dato’ Sidek kali ke-55 dan isteri tercinta, Datin Latifah Sidek (52) pada hari ini bersamaan 17 Februari 2015.

Moga kehadiran tarikh bermakna ini akan memberi iltizam dan cetusan idea serta kekuatan buat Datuk Misbun dalam mengharungi kehidupan mendatang terutama dalam merencana latihan dan membimbing para pemain Nusa Mahsuri menghadapi kejohanan akan datang.

Buat Datuk Misbun & Datin Latifah, selamat maju jaya dan sentiasa diberi hidayah dalam menempuhi kehidupan bersama keluarga.

12 Februari 2015

Kembalinya Allahyarham Hasbullah Awang ke rahmatullah: Satu kehilangan besar buat sukan negara


Pengurusan Nusa Mahsuri mengucapkan salam takziah buat keluarga Dato' Hasbullah Awang atas kembalinya penyiar tersohor ke rahmatullah tengahari tadi.

Sesungguhnya pemergian Allahyarham Dato' Hasbullah satu kehilangan besar buat dunia sukan dan media negara. Masih terimbau ulasan Allahyarham pada Piala Thomas 1992 yang menyaksikan kejayaan negara menjulang Piala keramat tersebut.

Mudah-mudahan Allah Taala sentiasa mencucuri rahmat keatas rohnya dan ditempatkan dikalangan mereka yang soleh. Al-Fatihah.

11 Februari 2015

Draw & Keputusan Kejohanan Terbuka KL 2015


DRAW & KEPUTUSAN
KEJOHANAN SIRKIT KEBANGSAAN TERBUKA KUALA LUMPUR 2015
TARIKH: 11 - 15 FEBRUARI 2015
VENUE: STADIUM BADMINTON KUALA LUMPUR

Untuk mengetahui draw perlawanan dan keputusan kejohanan ini, sila klik disini

Pemain Pilihan Kejohanan Sirkit Kebangsaan Terbuka KL 2015


PEMAIN PILIHAN
KEJOHANAN SIRKIT KEBANGSAAN TERBUKA KUALA LUMPUR 2015
TARIKH: 11 - 15 FEBRUARI 2015
VENUE: STADIUM BADMINTON KUALA LUMPUR

DIVISYEN SATU
PERSEORANGAN LELAKI
*1 Mohd Arif Abdul Latif
*2 Zulfadli Zulkiffli
*3 Tan Chun Seang
*4 Liew Daren
*5 Tan Kian Meng
*6 Chiang Jiann Shiaring
*7 Goh Soon Huat
*8 Iskandar Zulkarnain Zainuddin

PERSEORANGAN WANITA
*1 Tee Jing Yi
*2 Yang Li Lian

BERGU LELAKI
*1 Jagdish Singh/Tan Wee Long
*2 Chow Pak Chuu/Mak Hee Chun
*3 Lim Khim Wah/Ow Yao Han
*4 Chooi Kah Ming/Teo Kok Siang

BERGU WANITA
*1 Crysvia Lim Peiy Zhean/Payee Lim Peiy Yee
*2 Amelia Alicia Anscelly/Woon Khe Wei

BERGU CAMPURAN
*1 Wong Fai Yin/Chow Mei Kuan
*2 Tan Chee Tean/Shevon Lai Jemie
*3 Lutfi Zaim Khalid/Soong Fie Cho
*4 Tan Wee Geen/Peck Yen Wei

10 Februari 2015

Nostalgia mengusik jiwa Misbun Sidek dan gurunya


Nostalgia mengusik jiwa...satu detik terindah pertemuan antara guru dan murid petang ini melibatkan Datuk Dr Misbun Sidek dan gurunya,  Cikgu Selladurai Isriel yang pernah mendidik legenda badminton negara itu dibangku sekolah menengah suatu ketika dahulu.

Beliau merupakan antara insan yang membentuk peribadi dan memberi sumbangan besar sehingga Misbun melanjutkan pelajaran ke Victoria Institution, Kuala Lumpur.

05 Februari 2015

Tahniah buat Shapawi Ismail dianugerahkan gelaran Dato'


PIHAK pengurusan Kelab Badminton Nusa Mahsuri merakamkan setinggi-tinggi tahniah buat Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN)  Dato' Ahmad Shapawi bin Haji Ismail diatas penganugerahan pingat Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P) yang membawa gelaran Dato’ oleh Kebawah DYMM Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah. 

Mudah-mudahan penganugerahan ini akan meninggikan iltizam dan harapan Dato' Ahmad Shapawi dalam merencanakan setiap agenda MSN dan sukan negara, insyallah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails