Empat pemain dan seorang jurulatih Nusa Mahsuri berjaya menjulang nama Daerah Petaling muncul juara keseluruhan acara badminton Sukan Selangor 2015 yang berlangsung di Kompleks Sukan MBPJ Kelana Jaya baru-baru ini.
Mereka terdiri daripada Muhammad Izzuddin Shamsulmuzli, Mohd Ziyad Md Tah, Abd Hakim Rahman, Siti Nabihah Rahman dan Doni Zulfikar.
Pada perlawanan akhir acara berpasukan, Daerah Petaling membenam cabaran Gombak 3-0.
Bagi acara individu perseorangan lelaki pula, Izzuddin mengenggam kejuaraan selepas berhempas pulas menundukkan rakan sepasukan, Mohd Ziyad yang berlanjutan sehingga ke set penentuan. Izzuddin menang 17-21, 21-18, 21-14.
Kemenangan yang dikecapi itu nyata menimbulkan semangat berkobarkobar kepada Izzuddin untuk mencipta kejayaan hattrik apabila sekali lagi menjadi wira buat Daerah Petaling selepas menjuarai acara bergu lelaki berpasangan dengan Mohd Ziyad menewaskan Victor Ong/Syafiq Iqbal juga dari Petaling 21-13, 21-15.