Badminton Unlimited 2016 | Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Sukan Sea Kuala Lumpur 2017

Blog rasmi Kem Bakat Badminton KBS

Negaraku...berkumandang di bumi Mesir selepas Ridzwan Rahmat/Misbun Shawal muncul juara

Youtube

Instagram

Twitter

30 Disember 2014

Team Ehime tamat perguruan di Malaysia

SKUAD Badminton Wilayah Ehime, Japan yang terdiri daripada seorang ketua, dua jurulatih dan tiga belas pemain berjaya menamatkan program intensif badminton selama empat hari di Malaysia yang baru sahaja berakhir sebentar tadi.

Program pada hari terakhir yang diselangselikan dengan sesi soal jawab dan match play antara jurulatih dan pemain-pemain Ehime antara aktiviti yang cukup memcuri tumpuan lebih-lebih lagi dengan penglibatan secara langsung Datuk Dr. Misbun Dato" Hj Sidek.


27 Disember 2014

Selepas Wilayah Tokai, kini tiba 13 pemain Ehime 'berguru' di Malaysia



SELEPAS Wilayah Tokai, Jepun kini tiba pula masanya jiran terdekat mereka, Wilayah Ehime hadir menjalani latihan intensif selama empat hari di Malaysia bermula hari ini.

Delegasi seramai 16 orang termasuk seorang ketua dan dua jurulatih akan menjalani latihan pertengahan dan lanjutan ini dikendalikan sendiri oleh lagenda badminton negara, Datuk Dr Hj Misbun Dato' Sidek sambil dibantu barisan jurulatih profesional Nusa Mahsuri.

23 Disember 2014

10 pemain Wilayah Tokai tamat latihan intensif di Malaysia



SERAMAI 10 orang pemain Persatuan Badminton Wilayah Tokai, Jepun berjaya menamatkan program latihan intensif selama empat hari yang berakhir sebentar tadi.

Sepanjang berada di Malaysia, kesemua pemain  termasuk Yamakawa Ren, Yoneyama Riku dan Sekiya Yume yang masing-masing telah mewakili wilayah itu ke Kejohanan Badminton High School Seluruh Jepun 2014 nyata begitu teruja dan tekun mengikuti setiap sesi latihan yang dikendalikan oleh Datuk Dr Haji Misbun Dato' Haji Sidek sambil dibantu jurulatih, Salim Samion dan barisan pemain utama Nusa Mahsuri.

Delegasi Tokai kali ini diketuai oleh Naib Presiden Persatuan Badminton Negeri Mie, Hirata Kinya, Pengurus Pasukan, Mr Yamamoto Yasuo dan tiga jurulatih negeri dari Aichi, Shizuoka dan Gifu.


20 Disember 2014

10 pemain Wilayah Tokai Jepun sertai latihan intensif di Nusa Mahsuri bermula hari ini



Seramai 15 orang delegasi Persatuan Badminton Wilayah Tokai menjalani latihan intensif bersama Kelab Badminton Nusa Mahsuri selama empat hari bermula hari ini.

Delegasi tersebut yang dianggotai pemimpin tertingginya, Mr. Hirata Kinya, Pengurus Pasukan, Mr. Yamamoto Yasuo, tiga jurulatih dan 10 pemain telah disambut oleh lagenda badminton negara, Datuk Dr. Misbun Sidek dan jurulatih Nusa Mahsuri.

Tokai meliputi negeri Aichi, Mie, Gifu dan Shizuoka.

Kehadiran mereka ke Malaysia ini merupakan satu kesenimbungan program usahasama tahunan Nusa Mahsuri bersama persatuan badminton wilayah Jepun.

19 Disember 2014

Selamat menjalankan tugas buat Encik Ahmad Shapawi Ismail sebagai KP MSN yang baharu



"Bagai sirih pulang ke gagang"

Pengurusan Nusa Mahsuri ingin mengucapkan tahniah buat Encik Ahmad Shapawi bin Ismail diatas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara yang baharu. Mudah-mudahan amanat dan tanggungjawab berat ini mampu dipikul dengan cemerlang oleh Encik Ahmad Shapawi dalam mengangkat martabat dan imej sukan negara di mata dunia, insyaallah.

Selamat menjalankan tugas.

10 Disember 2014

Sirkit Kebangsaan Terbuka Sabah: Aksi pemain Nusa Mahsuri petang ini


AKSI PEMAIN NUSA MAHSURI
PUSINGAN KEDUA KEJOHANAN BADMINTON
SIRKIT KEBANGSAAN TERBUKA SABAH 2014
TARIKH: 10 DISEMBER 2014
VENUE: KOMPLEKS SUKAN KOTA KINABALU, LIKAS

DIVISYEN SATU
PERSEORANGAN LELAKI
Misbun Ramdan Misbun lwn Cheam June Wei - 5.15pm
Ridzwan Rahmat lwn *7 Iskandar Zulkarnain Zainuddin -5.15pm
Misbun Shawal Misbun lwn Chong Yee Han - 6.25pm
Ziyad Md Tah lwn Winson Neo Vui Min - 6.25pm

(Nota: Misbun Ramdan, Ridzwan dan Misbun Shawal mendapat bye pada pusingan pertama)

Ziyad cipta kejutan benam Juara Remaja Asia 2013


PEMAIN terbaru Nusa Mahsuri, Muhammad Ziyad Md Tah memulakan cabaran Kejohanan Sirkit Kebangsaan Terbuka Sabah 2014 dengan langkah kanan apabila berjaya menewaskan Juara Remaja Asia 2013, Soo Teck Zhi pada pusingan pertama sebentar tadi.

Meskipun diheret ke set penentuan, ia nyata tidak menjejaskan tumpuan anak kelahiran Johor ini untuk memenangi perlawanan 21-19, 18-21, 21-19 dalam masa 64 minit.

Menanti cabaran Ziyad pada pusingan seterusnya ialah Winson Neo Vui Min dari Sabah yang mendapat bye pada pusingan pertama.

09 Disember 2014

Draw & Keputusan Kejohanan Sirkit Kebangsaan Terbuka Sabah 2014


DRAW & KEPUTUSAN
KEJOHANAN BADMINTON
SIRKIT KEBANGSAAN TERBUKA SABAH 2014
TARIKH: 10-14 DISEMBER 2014
VENUE: KOMPLEKS SUKAN KOTA KINABALU, LIKAS

Untuk mengetahuai draw perlawanan dan keputusan kejohanan ini, sila klik disini

Pemain Pilihan Kejohanan Sirkit Kebangsaan Terbuka Sabah 2014


PEMAIN PILIHAN
KEJOHANAN BADMINTON
SIRKIT KEBANGSAAN TERBUKA SABAH 2014
TARIKH: 10-14 DISEMBER 2014
VENUE: KOMPLEKS SUKAN KOTA KINABALU, LIKAS

DIVISYEN SATU
PERSEORANGAN LELAKI 
*1 Chong Wei Feng
*2 Mohd Arif bdul Latif
*3 Liew Daren
*4 Tan Chun Seang
*5 Misbun Ramdan Misbun
*6 Goh Soon Huat
*7 Iskandar Zulkarnain Zainuddin
*8 Chiang Jiann Shiaring

PERSEORANGAN WANITA
*1 Tee Jing Yi
*2 Yang Li Lian

BERGU LELAKI
*1 Lim Khim Wah/Ow Yao Han
*2 Goh Wei Shem/Tan Wee Kiong
*3 Hoon Thien How/Tan Boon Heong
*4 Chooi Kah Ming/Teo Kok Siang

BERGU WANITA
*1 Amelia Alicia Anscelly/Soong Fie Cho
*2 Joyce Choong Wai Chi/Yap Cheng Wen

BERGU CAMPURAN
*1 Wong Fai Yin/Chow Mei Kuan
*2 Tan Aik Quan/Lai Pei Jing
*3 Mohd Lutfi Zaim Khalid/Soong Fie Cho
*4 Tan Chee Tean/Shevon Lai Jemie


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails