Badminton Unlimited 2016 | Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Sukan Sea Kuala Lumpur 2017

Blog rasmi Kem Bakat Badminton KBS

Sabah dinobat juara Kejohanan Kem Bakat Badminton KBS 2016

Sabah dinobat juara Kejohanan Kem Bakat Badminton KBS 2016

Negaraku...berkumandang di bumi Mesir selepas Ridzwan Rahmat/Misbun Shawal muncul juara

Youtube

Instagram

Twitter

21 November 2012

DBKL gegar Kejohanan Bergu Amatur Terbuka 7-9 Disember

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menganjurkan satu Kejohanan Badminton Bergu Amatur Terbuka DBKL 2012 di Stadium Badminton Kuala Lumpur, Jalan Cheras pada 7 - 9 Disember 2012.

Kejohanan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu bergu terbuka dan bergu gabungan umur 80 tahun ke atas. Bayaran hanya dikenakan sebanyak RM30.00 bagi setiap penyertaan.

Keterangan lanjut, sila hubungi Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Sukan, Tingkat 15, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, 50300 Jalan Raja Abdullah, Kuala Lumpur. Tel: Eira (03-26176298), Yazid (03-26176296).

10 November 2012

Selamat hari ulangtahun kelahiran ke-49 buat Jalani Sidek

Haji Jalani sedang dilayan dalam satu majlis minum malam selepas menerima kejutan daripada rakan dari Nusa Mahsuri yang menyediakan kek istimewa sempena sambutan hari ulangtahun kelahiran tepat tengah malam tadi.

Pihak pengurusan dan barisan jurulatih Nusa Mahsuri ingin mengucapkan Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran ke-49 buat Tuan Haji Mond Jalani bin Dato' Haji Sidek pada 10 November 2012.

Semoga kehadiran tarikh bermakna ini dikurniakan iman yang sempurna, akhlak terpuji, rezeki yang halal dan hidup yang sentiasa dirahmati di dunia dan diakhirat, insyaallah.

06 November 2012

69 bakat baru dicungkil di Kedah


SERAMAI 69 bakat baru daripada 12 daerah berjaya dicungkil menerusi Program Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri Peringkat Negeri Kedah yang diadakan di Kompleks Rakan Muda Baling mulai 1-3 November lalu.

Program selama tiga hari itu dikendalikan oleh Datuk Haji Misbun Dato' Sidek yang bertindak sebagai Ketua Jurulatih Program sambil dibantu barisan jurulatih Kelab Badminton Nusa Mahsuri dan fasililator dari Institut Sukan Negara.

Untuk melihat lebih paparan foto mengenai kem ini, sila klik ke Facebook: Kem Bakat Badminton

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails