Badminton Unlimited 2016 | Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Blog rasmi Kem Bakat Badminton KBS

Negaraku...berkumandang di bumi Mesir selepas Ridzwan Rahmat/Misbun Shawal muncul juara

Youtube

Instagram

Twitter

27 Mac 2012

KBS-Nusa Mahsuri kendali Kem Bakat di Panji 29-31 Mac ini

KEMENTERIAN Belia dan Sukan Malaysia menerusi agensinya, Bahagian Pembangunan Sukan dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri akan berkampung di Kompleks Belia dan Sukan (Kombes) Negeri Kelantan, Panji, Kota Bharu bagi meneruskan Program Kem Bakat Badminton peringkat Negeri Kelantan mulai Khamis ini.

Program selama tiga hari akan dikendalikan lagenda badminton negara, Datuk Misbun Dato' Sidek sambil dibantu barisan jurulatih Nusa Mahsuri termasuk Haji Jalani Dato' Sidek, Haji Rahman Dato' Sidek dan bekas pemain nombor satu dunia yang juga anak watan Kelantan, Haji Roslin Hashim.

20 Mac 2012

66 bakat baru teruja terima tunjuk ajar Misbun


Foto oleh: LIA MURNI MISBUN

SERAMAI 66 bakat baru yang pertama kali menyertai Program Kem Bakat Badminton kelihatan teruja menerima tunjuk ajar dan bimbingan daripada lagenda badminton negara, Datuk Misbun Dato' Sidek di Kompleks Sukan Negeri, Seremban 2 yang berakhir kelmarin.

Program selama tiga itu dianjurkan oleh Bahagian Pemanbunan Sukan, Kementerian Belia dn Sukan Malaysia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri dan Institut Sukan Negara.

Majlis perasmian penutup program telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Encik Khairul Shahril Shahbudin. Turut hadir ialah Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan KBS, Puan Fazulia Zulkifli dan wakil Majlis Sukan Negeri.

08 Mac 2012

Nusa Mahsuri kendali Klinik Kejurulatihan Asas di Putrajaya 9 - 11 Mac

LEGENDA badminton negara, Datuk Haji Misbun Dato' Sidek akan mengetuai barisan jurulatih Kelab Badminton Nusa Mahsuri bagi mengendalikan Klinik Kejurulatihan Asas Badminton di Institut Penilaian Negara, Presint 14, Putrajaya selama tiga hari mulai esok.

Program yang berteraskan memberi tunjuk ajar kepada jurulatih-jurulatih tempatan dan mereka yang berminat menceburi bidang kejurulatihan ini dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Institut Penilaian Negara, Nusa Mahsuri dan Institut Sukan Negara.

Ini merupakan program kedua dianjurkan oleh KBS. Pada minggu lalu, program ini telah diadakan di Institut Kemahiran Belia Negara Kinarut, Sabah yang menerima penyertaan seramai 45 peserta.

Antara aturcara yang akan diterapkan dalam program ini ialah kaedah dan modul mengajar, senam cergas, kerja kemahiran, shuttle drill dan sebagainya.

06 Mac 2012

Draw & Keputusan SS Premier Terbuka Seluruh England 2012

DRAW & KEPUTUSAN
KEJOHANAN BADMINTON SUPER SERIES PREMIER TERBUKA SELURUH ENGLAND YONEX 2012
TARIKH: 6 - 11 MAC 2012
VENUE: ARENA TERTUTUP KEBANGSAAN BIRMINGHAM, ENGLAND

Untuk mengetahui draw perlawanan dan keputusan kejohanan, sila klik disini

Pemain Pilihan SS Premier Seluruh England 2012

PEMAIN PILIHAN
KEJOHANAN BADMINTON SUPER SERIES PREMIER TERBUKA SELURUH ENGLAND YONEX 2012
TARIKH: 6 - 11 MAC 2012
VENUE: ARENA TERTUTUP KEBANGSAAN BIRMINGHAM, ENGLAND

PERSEORANGAN LELAKI
*1 Datuk Lee Chong Wei (MAS)
*2 Lin Dan (CHN)
*3 Chen Long (CHN)
*4 Peter Gade Hoeg (DEN)
*5 Chen Jin (CHN)
*6 Sho Sasaki (JPN)
*7 Kenichi Tago (JPN)
*8 Lee Hyun Ill (KOR)

BERGU LELAKI
*1 Cai Yun.Fu Haifeng (CHN)
*2 Jung Jae Sung/Lee Yong Dae (KOR)
*3 Mathias Boe/Cartsen Mogensen (DEN)
*4 Ko Sung Hyun/Yoo Yeon Seong (KOR)
*5 Chai Biao/Guo Zhendong (CHN)
*6 Koo Kien Keat/Tan Boon Heong (MAS)
*7 Mohamad Ahsan/Bona Septano (INA)
*8 Hirokatsu Hashimoto/Noriyasu Hirata (JPN)

PERSEORANGAN WANITA
*1 Wang Yihan (CHN)
*2 Wang Xin (CHN)
*3 Wang Shixian (CHN)
*4 Saina Nehwal (IND)
*5 Tine Baun (DEN)
*6 Jiang Yanjiao (CHN)
*7 Li Xuerui (CHN)
*8 Juliane Schenk (JER)

BERGU WANITA
*1 Wang Xiaoli/Yu Yang (CHN)
*2 Tian Qing/Zhao Yunlei (CHN)
*3 Ha Jung Eun/Kim Min Jung (KOR)
*4 Mizuki Fujii/Reika Kakiiwa (JPN)
*5 Miyuki Maeda/Satoko Suetsuna (JPN)
*6 Shizuka Matsuo/Mami Naito (JPN)
*7 Christinna Pedersen/Kamilla Rytter Juhl (DEN)
*8 Cheng Wen Hsing/Chien Yu Chin (TPE)

BERGU CAMPURAN
*1 Zhang Nan/Zhao Yunlei (CHN)
*2 Xu Chen/Ma Jin (CHN)
*3 Joachim Fischer Nielsen/Christinna Pedersen (DEN)
*4 Tontowi Ahmad/Lilyana Natsir (INA)
*5 Chen Hung Lin/Cheng Wen Hsing (TPE)
*6 Sudket Prapakamol/Saralee Thoungthongkam (THA)
*7 Lee Yong Dae/Ha Jung Eun (KOR)
*8 Thomas Laybourn/Kamilla Rytter Juhl (DEN)

Keratan video Klinik Kejurulatihan KBS-Nusa Mahsuri Siri II 2012

KERATAN VIDEO
PROGRAM KLINIK KEJURULATIHAN ASAS BADMINTON KBS-NUSA MAHSURI SIRI II 2012
TARIKH: 2 - 4 MAC 2012
VENUE: INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA KINARUT, SABAH





45 jurulatih membara terima sentuhan ilmu Misbun


Foto Eksklusif: LIA MURNI MISBUN

SERAMAI 45 peserta yang terdiri daripada jurulatih pelbagai peringkat di negeri Sabah, Sarawak dan Labuan telah berjaya menamatkan latihan Klinik Kejurulatihan Asas Badminton Siri II dengan cemerlang di Institut Kemahiran Belia Negara Kinarut, Papar kelmarin.

Bersemangat dengan satu gerakan berpasukan, para peserta kelihatan begitu tekun menerima tunjuk ajar sepanjang tempoh tiga hari daripada legenda badminton negara, Datuk Misbun Sidek dan jurulatih Kelab Badminton Nusa Mahsuri.

Program yang kembali diperkenalkan bersempena Kem Bakat Badminton KNS-Nusa Mahsuri itu adalah sebahagian susulan cadangan Kementerian Belia dan Sukan yang mahu memastikan barisan jurulatih di peringkat akar umbi diberi bimbingan dan ilmu permainan badminton secara meluas sekaligus dapat membantu bakat-bakat baru mempertingkatkan prestasi masing-masing.

Pada majlis penutup, Penolong Pengarah Institut Kemahiran Belia Negara Kinarut, Encik Azmi Ibrahim berkenan berucap dan menyampaikan sijil penyertaan kepada para peserta program.

Turut hadir ialah Penolong Pengarah Cawangan Pembangunan dan Kemajuan Sukan, Bahagian Pembangunan Sukan KBS, Puan Fazulia Zulkifli serta Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Sabah, Encik Stephen Andreas.

Untuk melihat foto-foto menarik Klinik Kejurulatihan, sila klik disini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails