Blog rasmi Kem Bakat Badminton KBS

Badminton Unlimited 2016 | Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Negaraku...berkumandang di bumi Mesir selepas Ridzwan Rahmat/Misbun Shawal muncul juara

Youtube

Instagram

Twitter

27 Mac 2012

KBS-Nusa Mahsuri kendali Kem Bakat di Panji 29-31 Mac ini

KEMENTERIAN Belia dan Sukan Malaysia menerusi agensinya, Bahagian Pembangunan Sukan dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri akan berkampung di Kompleks Belia dan Sukan (Kombes) Negeri Kelantan, Panji, Kota Bharu bagi meneruskan Program Kem Bakat Badminton peringkat Negeri Kelantan mulai Khamis ini.

Program selama tiga hari akan dikendalikan lagenda badminton negara, Datuk Misbun Dato' Sidek sambil dibantu barisan jurulatih Nusa Mahsuri termasuk Haji Jalani Dato' Sidek, Haji Rahman Dato' Sidek dan bekas pemain nombor satu dunia yang juga anak watan Kelantan, Haji Roslin Hashim.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails