Blog rasmi Kem Bakat Badminton KBS

Badminton Unlimited 2016 | Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Negaraku...berkumandang di bumi Mesir selepas Ridzwan Rahmat/Misbun Shawal muncul juara

Youtube

Instagram

Twitter

29 Februari 2012

Usaha gilap bakat baru

LEBIH 900 bakat baru termasuk dari Sabah, Sarawak dan Labuan dijangka mengambil bahagian dalam Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri di seluruh negara bermula 16 Mac ini.

Legenda badminton negara, Datuk Misbun Sidek berkata, program kem tahun ini dijadual berlangsung di 15 lokasi terpilih dengan Negeri Sembilan dipilih menganjurkan program pertama pada 16 hingga 18 Mac depan.

Program yang sebelum ini dikenali Klinik Badminton KBS-Nusa Mahsuri menyaksikan penyertaan sekurang-kurangnya 60 peserta berusia antara 9 hingga 12 tahun di setiap negeri.

“Objektif kem ini bukan semata-mata bertujuan menyeimbangkan pembangunan sukan badminton di peringkat akar umbi tapi juga mendedahkan golongan muda dengan teknik permainan yang betul selain mengajak rakyat melakukan tranformasi badminton negara.


“Kepada bakat baru yang ingin menyertai kem ini, mereka diminta menghubungi Jabatan Belia dan Sukan Negeri berhampiran bagi memperoleh maklumat dan mendaftarkan diri,” kata Misbun yang bertindak sebagai ketua jurulatih program sambil dibantu barisan jurulatih Nusa Mahsuri.

Program itu anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri, Kelab Badminton Nusa Mahsuri serta Institut Sukan Negara. - Terima kasih & kredit kepada Harian Metro yang menyiarkan artikel ini pada keluaran 26 Februari 2012 lalu.



28 Februari 2012

Draw & Keputusan Kejohanan GP Emas Terbuka Jerman 2012


DRAW & KEPUTUSAN
PautanKEJOHANAN BADMINTON GRAND PRIX EMAS TERBUKA JERMAN 2012
TARIKH: 28 FEBRUARI - 4 MAC 2012
VENUE: MULHEIM AN DER RUHR

Untuk mengetahui draw perlawanan dan keputusan kejohanan, sila klik disini

Pemain Pilihan GP Emas Terbuka Jerman 2012

PEMAIN PILIHAN
KEJOHANAN BADMINTON GRAND PRIX EMAS TERBUKA JERMAN 2012
TARIKH: 28 FEBRUARI - 4 MAC 2012
VENUE: MULHEIM AN DER RUHR

PERSEORANGAN LELAKI
*1 Lin Dan (CHN)
*2 Chen Jin (CHN)
*3 Sho Sasaki (JPN)
*4 Lee Hyun Ill (KOR)
*5 Simon Santoso (INA)
*6 Jan O. Jorgensen (DEN)
*7 Marc Zwiebler (JER)
*8 Wang Zhengming (CHN)
*9 Tommy Sugiarto (INA)
*10 Hans-Kristian Vittinghus (DEN)
*11 Shon Wan Ho (KOR)
*12 Boonsak Ponsana (THA)
*13 Wong Wing Ki (HKG)
*14 Pablo Abian (ESP)
*15 Rajiv Ouseph (ENG)
*16 Dionysius Hayom Rumbaka (INA)

BERGU LELAKI
*1 Jung Jae Sung/Lee Yong Dae (KOR)
*2 Ko Sung Hyun/Yoo Yeon Seong (KOR)
*3 Chai Biao/Guo Zhendong (CHN)
*4 Mohamad Ahsan/Bona Septano (INA)
*5 Hirokatsu Hashimoto/Noriyasu Hirata (JPN)
*6 Yulianto Alvent/Hendra Aprida Gunawan (INA)
*7 Markis Kido/Hendra Setiawan (INA)
*8 Fang Chien Min/Lee Sheng Mu (TPE)

PERSEORANGAN WANITA
*1 Wang Xin (CHN)
*2 Li Xuerui (CHN)
*3 Juliane Schenk (JER)
*4 Cheng Shao Chieh (TPE)
*5 Sung Ji Hyun (KOR)
*6 Bae Youn Joo (KOR)
*7 InthanonRatchanok (THA)
*8 Porntip Buranaprasertsuk (THA)

BERGU WANITA
*1 Ha Jung Eun/Kim Min Jung (KOR)
*2 Mizuki Fujii/Reika Kakiiwa (JPN)
*3 Miyuki Maeda/Satoko Suetsuna (JPN)
*4 Shizuka Matsuo/Mami Naito (JPN)
*5 Cheng Wen Hsing/Chien Yu Chin (TPE)
*6 Meiliana Jauhari/Greysia Polii (INA)
*7 Jung Kyung Eun/Kim Ha Na (KOR)
*8 Huan Xia/Tang Jianhua (CHN)

BERGU CAMPURAN
*1 Chen Hung Lin/Cheng Wen Hsing (TPE)
*2 Sudket Prapakamol/Saralee Thoungthongkam (THA)
*3 Lee Yong Dae/Ha Jung Eun (KOR)
*4 Thomas Laybourn/Kamilla Rytter Juhl (DEN)
*5 Chan Peng Soon/Goh Liu Ying (MAS)
*6 Shintaro Ikeda/Reiko Shiota (JPN)
*7 Songphon Anugritayawon/Kunchala Voravichitchaikul (THA)
*8 Michael Fuchs/Birgit Michels (JER)

21 Februari 2012

Draw & Keputusan Sirkit Kebangsaan Terbuka Selangor 2012

DRAW & KEPUTUSAN
KEJOHANAN BADMINTON SIRKIT KEBANGSAAN TERBUKA SELANGOR MAYBANK 2012
TARIKH: 22 - 26 FEBRUARI 2012
VENUE: STADIUM JUARA, KOMPLEKS SUKAN BUKIT KIARA, KUALA LUMPUR

Untuk mengetahui draw perlawanan dan keputusan terkini kejohanan, sila klik disini

20 Februari 2012

Info & Penyertaan Kejohanan Sirkit Kebangsaan Terbuka Selangor 2012

INFO & PENYERTAAN
KEJOHANAN BADMINTON SIRKIT KEBANGSAAN TERBUKA SELANGOR MAYBANK 2012
TARIKH: 22 - 26 FEBRUARI 2012
VENUE: STADIUM JUARA, KOMPLEKS SUKAN BUKIT KIARA, KUALA LUMPUR

Untuk mengetahui info dan penyertaan ke kejohanan ini, sila klik disini

10 Februari 2012

Jadual Perlawanan Kelayakan Piala Thomas/Uber Zon Asia 2012

JADUAL PERLAWANAN
KELAYAKAN PIALA THOMAS/UBER ZON ASIA 2012
TARIKH: 13 - 19 FEBRUARI 2012
VENUE: MACAU CITY

Sila klik disini

Draw Kumpulan Kelayakan Piala Thomas/Uber Zon Asia 2012

DRAW KUMPULAN
KELAYAKAN PIALA THOMAS/UBER ZON ASIA 2012
TARIKH: 13 - 19 FEBRUARI 2012
VENUE: MACAU CITY

Untuk mengetahui draw kumpulan melibatkan aksi negara yang bertanding di Kelayakan Piala Thomas/Uber Zon Asia, sila klik disini

02 Februari 2012

Kem Bakat Badminton: KBS-Nusa Mahsuri jelajah lagi cungkil bakat baru tahun ini

SETELAH berjaya mendekatkan kaedah latihan sistematik di peringkat akar umbi, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri (NMBC) akan kembali memulakan penjelajahan sesi mencungkil bakat-bakat baru menerusi Program Kem Bakat Badminton di seluruh negara tidak lama lagi.

Bagi meneruskan usaha dan kandungan program yang berkualiti, beberapa perubahan akan diperkenalkan pada tahun 2012 bagi memastikan program terus segar dan mampu memberi impak besar selari dengan kekuatan badminton sebagai sukan disegani dikalangan rakyat jelata.

Antara penambahbaikan program pada kali ini ialah pihak KBS secara dasarnya bersetuju untuk mengadakan Program Klinik Kejurulatihan Asas Badminton diadakan yang bermatlamat memberi pendedahan secara teori dan praktikal kepada bakal-bakal jurulatih dan mereka yang berminat untuk menceburi bidang kejurulatihan.

Program ini juga antara lain diharap dapat menyemarakkan lagi usaha melatih bakat-bakat baru di peringkat akar umbi terutama di kampung, mukim dan daerah yang selama ini mungkin sedikit ketinggalan menerima latihan permainan badminton yang betul.

Untuk mengetahui lebih lanjut berhubung Program Kem Bakat Badminton dan Klinik Kejurulatihan Asas Badminton 2012, sila hubungi Penyelaras Program, Puan Fazulia Zulkifli di talian 03-88713243.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails