Blog rasmi Kem Bakat Badminton KBS

Badminton Unlimited 2016 | Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Negaraku...berkumandang di bumi Mesir selepas Ridzwan Rahmat/Misbun Shawal muncul juara

Youtube

Instagram

Twitter

30 Disember 2012

Juara Kebangsaan impian saya - Misbun Ramdan

Ramdan..bakal teruskan legasi keluarga Sidek.
SEKALI lagi bintang utama remaja negara, Misbun Ramdan Datuk Misbun meneruskan rentak cemerlang apabila mengambil masa 37 minit untuk memastikan slot perlawanan akhir Perseorangan Lelaki Pusingan Akhir Sirkit Kebangsaan 2012 menjadi miliknya.

Pada aksi separuh akhir yang berlangsung di Dewan Badminton Persatuan Badminton Negeri Kedah dekat Alor Setar malam tadi, anak kepada legend badminton negara, Datuk Misbun Dato' Sidek menang mudah ke atas ke atas Zulfadli Zulkiffli dalam permainan dua set terus 21-13, 21-16.

Bakal berdepan dengan Chong Wei Feng di pentas akhir, Misbun Ramdan lebih suka mengambil sikap mengikut suasana perlawanan ang akan berlangsung pada awal malam ini.

"Saya amat gembira dapat memasuki pentas akhir buat julung-julung kali dalam sejarah karier sebagai pemain badminton. 

"Justeru, saya tidak akan melepaskan peluang ini untuk mempamerkan prestasi terbaik dan sekaligus meraih kejuaraan sulung sebagai juara kebangsaan. Inilah impian  saya selama ini untuk mengikuti jejak langkah bapa saya, Datuk Misbun dan bapa saudara, Rashid Dato' Sidek yang pernah dinobatkan gelaran itu, ujarnya.

DRAW PERLAWANAN AKHIR
Perseorangan Wanita
Tee Jing Yi lwn Lydia Cheah Li Ya
Bergu Campuran
Lim Khim Wah/Vivian Hoo Kah Mun lwn Goh V Shem/Soong Fei Cho
Bergu Lelaki
Hoon Thien How/Tan Wee Kiong lwn Chooi Kah Ming/Ow Yao Han
Perseorangan Lelaki
Misbun Ramdan Misbun lwn Chong Wei Feng
Bergu Wanita
Amelia Anscelly/Soong Fei Cho lwn Lydia Cheah/Sonia Cheah

(Nota: Perlawatan yang dijalankan secara urutan ini dijangka berlangsung mulai jam 6.00 petang di Dewan KBA, Alor Setar.)

13 Disember 2012

KRM Puchong destinasi Kem Bakat Negeri Selangor

 
PROGRAM pencarian bakat menerusi Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri kini sampai ke penghujungnya.
Pada 14-16 Disember ini, Kompleks Rakan Muda Puchong akan menjadi destinasi persinggahan terakhir bagi peringkat negeri Selangor.
Lebih 60 bakat baru berusia 9-12 sekitar negeri Selangor dijangka mengambil bahagian pada program selama tiga hari itu.
Pada tahun ini, program anjuran Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri ini melibatkan  15 lokasi terpilih di seluruh negara.

04 Disember 2012

Kem Bakat Badminton bertandang ke Kuantan mulai 7 Disember ini

Datuk Misbun Sidek
SELEPAS Labuan dan Kedah, Kem Bakat Badminton akan bertandang ke Kuantan bagi peringkat Negeri Pahang selama tiga hari bermula 7 Disember ini.

Program anjuran Kementerian Belia dan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri dan Institut Sukan Negara akan diadakan di Dewan Persatuan Badminton Negeri Pahang, Indera Mahkota.

Seramai 60 bakat baru dijangka mengambil bahagian dan berpeluang menerima tunjuk ajar daripada bekas jaguh perseorangan lelaki negara, Datuk Misbun Sidek (gambar) dan barisan jurulatih Nusa Mahsuri.

21 November 2012

DBKL gegar Kejohanan Bergu Amatur Terbuka 7-9 Disember

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menganjurkan satu Kejohanan Badminton Bergu Amatur Terbuka DBKL 2012 di Stadium Badminton Kuala Lumpur, Jalan Cheras pada 7 - 9 Disember 2012.

Kejohanan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu bergu terbuka dan bergu gabungan umur 80 tahun ke atas. Bayaran hanya dikenakan sebanyak RM30.00 bagi setiap penyertaan.

Keterangan lanjut, sila hubungi Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Sukan, Tingkat 15, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, 50300 Jalan Raja Abdullah, Kuala Lumpur. Tel: Eira (03-26176298), Yazid (03-26176296).

10 November 2012

Selamat hari ulangtahun kelahiran ke-49 buat Jalani Sidek

Haji Jalani sedang dilayan dalam satu majlis minum malam selepas menerima kejutan daripada rakan dari Nusa Mahsuri yang menyediakan kek istimewa sempena sambutan hari ulangtahun kelahiran tepat tengah malam tadi.

Pihak pengurusan dan barisan jurulatih Nusa Mahsuri ingin mengucapkan Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran ke-49 buat Tuan Haji Mond Jalani bin Dato' Haji Sidek pada 10 November 2012.

Semoga kehadiran tarikh bermakna ini dikurniakan iman yang sempurna, akhlak terpuji, rezeki yang halal dan hidup yang sentiasa dirahmati di dunia dan diakhirat, insyaallah.

06 November 2012

69 bakat baru dicungkil di Kedah


SERAMAI 69 bakat baru daripada 12 daerah berjaya dicungkil menerusi Program Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri Peringkat Negeri Kedah yang diadakan di Kompleks Rakan Muda Baling mulai 1-3 November lalu.

Program selama tiga hari itu dikendalikan oleh Datuk Haji Misbun Dato' Sidek yang bertindak sebagai Ketua Jurulatih Program sambil dibantu barisan jurulatih Kelab Badminton Nusa Mahsuri dan fasililator dari Institut Sukan Negara.

Untuk melihat lebih paparan foto mengenai kem ini, sila klik ke Facebook: Kem Bakat Badminton

30 Oktober 2012

Team Nusa Mahsuri ke Baling kendali Kem Bakat Negeri Kedah

DALAM tempoh kira-kira 72 jam dari sekarang, barisan team Nusa Mahsuri akan turun ke Kedah bagi mengendalikan Program Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri bagi peringkat negeri itu.

Kem selama tiga hari akan berlangsung di Kompleks Rakan Muda Baling mulai 1-3 November 2012.

Legenda badminton negara, Datuk Haji Misbun Dato' Sidek yang juga Ketua Jurulatih Program akan mengetuai team Nusa Mahsuri bagi membimbing para peserta negeri Jelapang Padi itu disamping turut menerima sentuhan daripada pegawai Institut Sukan Negara, Cik Azimah Ahmad yang akan mengendalikan sesi pemakanan.


29 Oktober 2012

Draw & Keputusan Kejohanan GP Emas Terbuka Bitburger 2012


DRAW & KEPUTUSAN
KEJOHANAN BADMINTON GRAND PRIX EMAS TERBUKA BITBURGER 2012
TARIKH: 30 OKT - 4 NOV 2012
VENUE: SAARLANDHALLE, SAARBUCKEN, JERMAN

Untuk mengetahui draw perlawanan dan keputusan kejohanan ini, sila klik disini

Pemain Pilihan GP Emas Terbuka Bitburger 2012


PEMAIN PILIHAN
KEJOHANAN BADMINTON GRAND PRIX EMAS TERBUKA BITBURGER 2012
TARIKH: 30 OKT - 4 NOV 2012
VENUE: SAARLANDHALLE, SAARBUCKEN, JERMAN

Untuk mengetahui senarai pemain pilihan di kejohanan ini, sila klik disini

28 Oktober 2012

Galeri video Kem Bakat KBS-Nusa Mahsuri Negeri Perak 2012

GALERI VIDEO: KEM BAKAT BADMINTON KBS-NUSA MAHSURI PERINGKAT NEGERI PERAK 2012 
TARIKH: 19 - 21 OKTOBER 2012 
VENUE: KOMPLEKS RAKAN MUDA LARUT MATANG, TAIPING

19 Oktober 2012

Misbun kendali Kem Bakat Badminton di Taiping bermula petang ini


LAGENDA badminton negara, Datuk Haji Misbun Dato' Haji Sidek (gambar) mengetuai barisan jurulatih Kelab Badminton Nusa Mahsuri (NMBC) akan mengendalikan latihan Program Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri Peringkat Negeri Perak selama tiga hari bermula petang ini.

Selain Misbun, turut menyertai kem bakat ialah bekas pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Barcelona, Haji Jalani Dato' Haji Sidek dan Ketua Jurulatih NMBC, Haji Abdul Rahman Dato' Haji Sidek.

Difahamkan seramai 70 orang peserta dijangka mengambil bahagian di dalam program tersebut yang akan berlangsung di Kompleks Rakan Muda Larut Matang & Selama, Taiping.

08 Oktober 2012

Draw & Keputusan Kejohanan Terbuka Pahang 2012

DRAW & KEPUTUSAN
KEJOHANAN BADMINTON SIRKIT KEBANGSAAN TERBUKA PAHANG MAYBANK 2012
TARIKH: 9 - 13 OKTOBER 2012
VENUE: STADIUM TERTUTUP SUKPA, INDERA MAHKOTA, KUANTAN

Untuk mengetahui draw perlawanan dan keputusan di kejohanan ini, sila klik disini

Pemain Pilihan Kejohanan Terbuka Pahang 2012

PEMAIN PILIHAN
KEJOHANAN BADMINTON SIRKIT KEBANGSAAN TERBUKA PAHANG MAYBANK 2012
TARIKH: 9 - 13 OKTOBER 2012
VENUE: STADIUM TERTUTUP SUKPA, INDERA MAHKOTA, KUANTAN

Untuk mengetahui senarai pemain pilihan di kejohanan ini, sila klik disini

24 September 2012

Draw & Keputusan Kejohanan GP Emas Terbuka Indonesia 2012


DRAW & KEPUTUSAN
KEJOHANAN GRAND PRIX EMAS
TERBUKA INDONESIA 2012
TARIKH: 25 - 30 SEPTEMBER 2012
VENUE: DEWAN SUKAN PSCC (PUSAT KONVENSYEN SUKAN PALEMBANG)

Untuk mengetahui draw perlawanan dan keputusan kejohanan ini, sila klik disini

Pemain Pilihan Kejohanan GP Emas Terbuka Indonesia 2012


PEMAIN PILIHAN
KEJOHANAN GRAND PRIX EMAS
TERBUKA INDONESIA 2012
TARIKH: 25 - 30 SEPTEMBER 2012
VENUE: DEWAN SUKAN PSCC (PUSAT KONVENSYEN SUKAN PALEMBANG)


Untuk mengetahui senarai pemain pilihan di kejohanan ini, sila klik disini

Senarai Pemain Negara Ke GP Emas Terbuka Indonesia 2012

SENARAI PEMAIN NEGARA
KE KEJOHANAN GRAND PRIX EMAS
TERBUKA INDONESIA 2012
TARIKH: 25 - 30 SEPTEMBER 2012
VENUE: DEWAN SUKAN PSCC (PUSAT KONVENSYEN SUKAN PALEMBANG)

PERSEORANGAN LELAKI
*7 Mohamad Arif Abdul Latif
*9 Misbun Ramdan Datuk Misbun
*10 Chan Kwong Beng
*11 Zulfadli Zukiffli
*13 Goh Soon Huat
*14 Iskandar Zulkarnain Zainuddin
Chiang Jiann Shiarng
Loh Wei Sheng
Nur Azriyn Ayub
Goh Giap Chin
Zulhelmi Zulkiffli

BERGU LELAKI
*5 Hoon Thien How/Tan Wee Kiong
*6 Mohd Zakry Abdul Latif/Fairuzizuan Tazari
Lutfi Zaim Khalid/Teo Kok Siang
Heg Nelson Wei Keat/Teo EeYi
Chooi Kah Ming/Ow Yao Han
Shen Low Juan/Tan Yip Jiun

PERSEORANGAN WANITA
Yang Li Lian
Sonia Cheah Su Ya

BERGU WANITA
*4 Vivian Hoo Kah Mun/Woon Khe Wei
Lai Pei Jing/ Ng Marylen Poau Leng
Lai Shevon Jemie/Lim Yin Loo

BERGU CAMPURAN

Tan Wee Kiong/Vivian Hoo Kah Mun
Ong Jian Guo/Lim Yin Loo
Tan Aik Quan/Lai Pei Jing
Wong Fai Yin/Lai Shevon Jemie
Fairuzizuan Tazari/Keshya Nurvita (MAS/INA)

27 Julai 2012

Draw Perlawanan Badminton Sukan Olimpik London 2012

DRAW PERLAWANAN
ACARA BADMINTON
TEMASYA SUKAN OLIMPIK LONDON 2012
TARIKH: 28 JULAI - 5 OGOS 2012
VENUE: ARENA WEMBLEY, LONDON

Untuk mengetahui draw perlawanan acara badminton di temasya paling berprestij ini, sila klik disini

26 Julai 2012

Pemain Pilihan Badminton Sukan Olimpik London 2012


PEMAIN PILIHAN
ACARA BADMINTON
TEMASYA SUKAN OLIMPIK LONDON 2012
TARIKH: 28 JULAI - 5 OGOS 2012
VENUE: ARENA WEMBLEY, LONDON

PERSEORANGAN LELAKI
*1 Datuk Lee Chong Wei (MAS)
*2 Lin Dan (CHN)
*3 Chen Long (CHN)
*4 Chen Jin (MAS)
*5 Peter Gade Hoeg (DEN)
*6 Sho Sasaki (JPN)
*7 Lee Hyun Ill (KOR)
*8 Kenichi Tago (JPN)
*9 Simon Santoso (INA)
*10 Nguyen Tien Minh (VIE)
*11 Taufik Hidayat (INA)
*12 Jan O. Jorgensen (DEN)
*13 Shon Wan Ho (KOR)
*14 Marc Zwiebler (JER)
*15 Rajiv Ouseph (GB)
*16 Wong Wing Ki (HKG)

BERGU LELAKI
*1 Fu Haifeng/ Cai Yun (CHN)
*2 Jung Jae Sung/ Lee Yong Dae (KOR)
*3 Mathias Boe/Cartsen Mogensen (DEN)
*4 Ko Sung Hyun/Yoo Yeon Seong (KOR)

PERSEORANGAN WANITA
*1 Wang Yihan (CHN)
*2 Wang Xin (CHN)
*3 Li Xuerui (CHN)
*4 Saina Nehwal (IND)
*5 Tine Baun (DEN)
*6 Juliane Schenk (Jer)
*7 Cheng Shao Chieh (TPE)
*8  Sung Ji Hyun (KOR)
*9 Intanon Ratchanok (THA)
*10 Tai Tzu Ying (TPE)
*11 Bae Yeon Ju (KOR)
*12 Sayako Sato (JPN)
*13 Gu Juan (SIN)
*14 Yao Jie (NED)
*15 Petya Nedelcheva (BUL)
*16 Pi Hongyan (FRA)

BERGU WANITA
*1 Yu Yang/Wang Xiaoli (CHN)
*2 TIan Qing/ Zhao Yunlei (CHN)
*3 Ha Jung Eun/Kim Min Jung (KOR)
*4 Mizuki Fujii/Reika Kakiiwa (JPN)


BERGU CAMPURAN
*1 Zhang Nan/Zhao Yunlei (CHN)
*2 Xu Chen/Ma Jin (CHN)
*3 Tontowi Ahmad/Lilyana Natsir (INA)
*4 Joachim Fischer/Christinna Pedersen (DEN)

Sukan Olimpik London 2012: Senarai pemain badminton yang bertanding


SENARAI PEMAIN 
ACARA BADMINTON
TEMASYA SUKAN OLIMPIK LONDON 2012
TARIKH: 28 JULAI - 5 OGOS 2012
VENUE: ARENA WEMBLEY, LONDON

Untuk mengetahui senarai pemain yang bertanding dalam acara ini, sila klik disini

16 Julai 2012

Keratan video latihan Road to London untuk Sara Kvaerno

GALERI VIDEO: PROGRAM LATIHAN ROAD TO LONDON
NAMA PEMAIN: SARA KVAERNO DARI NORWAY
TARIKH: JULAI 2012
KENDALIAN: DATUK MISBUN DATO' SIDEK


Selepas bertemu pilihan hati: Bos Yonex Sunrise Malaysia ke gerbang perkahwinan



Tanggal 16 Julai 2012 bersamaan hari ini menjadi peristiwa cukup bersejarah buat Boss Yonex Sunrise Malaysia, Mr. Kelly dan pasangannya apabila disahkan sebagai suami isteri selepas selesai menghadiri sesi pendaftaran perkahwinan di Jabatan Pendaftaran Negara, Putrajaya.

Majlis sederhana tetapi penuh gilang gemilang itu turut diserikan dengan kehadiran ibu tercinta dan legenda badminton negara, Datuk Misbun Dato' Sidek serta adik-adiknya, Haji Jalani Dato' Sidek dan Haji Rahman Dato' Sidek.

Untuk mengikuti paparan lebihan gambar mengenai majlis ini, sila klik disini

12 Julai 2012

Draw Perlawanan Badminton Individu SUKMA XV Pahang 2012

DRAW PERLAWANAN
ACARA BADMINTON INDIVIDU
TEMASYA SUKAN MALAYSIA (SUKMA) XV PAHANG 2012
TARIKH: 12 - 15  JULAI 2012
VENUE: STADIUM UTAMA SUKPA, INDERA MAHKOTA, KUANTAN

Untuk mengetahui senarai pemain yang bertanding dalam acara ini, sila klik disini

Sukma Pahang XV 2012: Senarai pemain bertanding dalam acara individu

SENARAI PEMAIN
ACARA BADMINTON INDIVIDU
TEMASYA SUKAN MALAYSIA (SUKMA) XV PAHANG 2012
TARIKH: 12 - 15  JULAI 2012
VENUE: STADIUM UTAMA SUKPA, INDERA MAHKOTA, KUANTAN

Untuk mengetahui senarai pemain yang bertanding dalam acara ini, sila klik disini

11 Julai 2012

Misbun Ramdan bantu Selangor gapai emas badminton berpasukan Sukma Pahang 2012

HASRAT skuad Selangor untuk menggapai pingat emas acara badminton berpasukan lelaki Sukan Malaysia Pahang XV akhirnya menjadi realiti selepas berjaya menumbangkan Johor 3-2 di pentas akhir yang berlangsung di Stadium Utama SUKPA, Indera Mahkota sebentar tadi.

Pada pertembungan cukup sengit, Selangor yang diterajui bintang utamanya, Misbun Ramdan Misbun (gambar) terpaksa menunggu hingga perlawanan terakhir bagi mengesahkan kejuaraan.

Pada sebelah pagi, barisan wanitanya mampu menarik nafas lega apabila mampu memenangi pingat gangsa dengan mengenepikan cabaran Sabah yang berkesudahan tiga berbalas satu.

KEPUTUSAN PENUH (Melibatkan aksi Selangor)
BERPASUKAN LELAKI
SELANGOR 3 JOHOR 2
Misbun Ramdan Misbun mn Tan Kian Meng 21-12, 21-17 (24 min)
Nur Mohd Azriyn Ayub mn Aiman Husin 21-12, 21-13 (22 min)
Soong Joo Ven kk Iskandar Zulkarnain Zainuddin 16-21, 11-21 (31 min)
Kong Keat Zhean/Misbun Ramdan kk Tan Wee Tat/Teo Ee Yi 21-19, 15-21, 8-21 (33 min)
Syawal Ismail/Azriyn Ayub mn Iskandar Zulkarnain/Tan Kian Meng 21-18, 21-17 (36 min)

 BERPASUKAN WANITA
SELANGOR 3 SABAH 1
Thinaah Muralitharan mn Adrina Ascelly 21-17, 18-21, 21-19 (37 min)
Bhirenta Karupathevan kk Florah Ng Siew Fong 21-19, 17-21,16-21 (46 min)
Yang Li Lian mn Teh Xiao Xuan 21-11, 21-13 (20 min)
Eng Pui Yee/Thinaah Muralitharan mn Adrina Ascelly/Florah Ng 21-16, tarik diri (10 min)

05 Julai 2012

Draw Perlawanan Badminton Berpasukan SUKMA XV Pahang 2012

DRAW PERLAWANAN
ACARA BADMINTON BERPASUKAN
TEMASYA SUKAN MALAYSIA (SUKMA) XV PAHANG 2012
TARIKH: 7 - 11  JULAI 2012
VENUE: STADIUM UTAMA SUKPA, INDERA MAHKOTA, KUANTAN

Untuk mengetahui draw perlawanan melibatkan penyertaan pemain dan negeri yang bertanding, sila klik disini

Sukma Pahang XV 2012: Senarai pemain bertanding dalam acara berpasukan

SENARAI PEMAIN
ACARA BADMINTON BERPASUKAN
TEMASYA SUKAN MALAYSIA (SUKMA) XV PAHANG 2012
TARIKH: 7 - 11  JULAI 2012
VENUE: STADIUM UTAMA SUKPA, INDERA MAHKOTA, KUANTAN

Untuk mengetahui senarai pemain yang bertanding, sila klik disini

21 Jun 2012

Nusa Mahsuri 'berkampung' di Sandakan mulai esok

Team Kelab Nusa Mahsuri diketuai Datuk Misbun Sidek akan berada di Sandakan bagi mengendalikan Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri peringkat Negeri Sabah mulai 22-24 Jun 2012.

Kem anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Jabatan Belia dan Sukan Persekutuan Negeri Sabah dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri dan Institut Sukan Negara selama tiga hari itu akan berlangsung di Kompleks Sukan Sandakan.

19 Jun 2012

Galeri video Kem Bakat KBS-Nusa Mahsuri Negeri Perlis 2012

GALERI VIDEO: KEM BAKAT BADMINTON KBS-NUSA MAHSURI 2012
PERINGKAT: NEGERI PERLIS
TARIKH: 8-10 JUN 2012
VENUE: KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN NEGERI PERLIS, KANGAR

02 Jun 2012

Kem Bakat Badminton kembali temui bakat baru 8 Jun

SELEPAS sebulan berehat ekoran komitmen menjayakan Himpunan Jutaan Belia Negara yang berlangsung di Putrajaya minggu lalu,  Kem Bakat Badminton anjuran Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri dan Institut Sukan Negara akan kembali menemui bakat-bakat baru mulai 8 Jun depan.

Pada tarikh berkenaan, program kendalian legenda badminton negara, Datuk Misbun Sidek akan berkunjung ke Perlis untuk tempoh tiga hari dimana Kompleks Belia dan Sukan (Kombes) Perlis telah dipilih sebagai venue latihan.

Bagi bakat-bakat baru berusia 9-12 tahun sekitar negeri tersebut yang berminat untuk menyertai program ini boleh memperolehi info lanjut menerusi Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis di talian 04-9793505.

02 Mei 2012

Draw & Keputusan GP Emas Terbuka Malaysia 2012


 DRAW & KEPUTUSAN
KEJOHANAN BADMINTON GRAND PRIX EMAS TERBUKA MALAYSIA YONEX SUNRISE 2012
TARIKH: 2 - 6   MEI 2012
VENUE: STADIUM BANDARAYA JOHOR BAHRU

Untuk mengetahui draw perlawanan dan keputusan kejohanan, sila klik disini

Pemain Pilihan GP Emas Terbuka Malaysia 2012


PEMAIN PILIHAN
KEJOHANAN BADMINTON GRAND PRIX EMAS TERBUKA MALAYSIA YONEX SUNRISE 2012
TARIKH: 2 - 6 MEI 2012
VENUE: STADIUM BANDARAYA JOHOR BAHRU

PERSEORANGAN LELAKI
*1 Datuk Lee Chong Wei (MAS)
*2 Nguyen Tien Minh (VIE)
*3 Tommy Sugiarto (INA)
*4 Liew Daren (MAS)
*5 Takuma Ueda (JPN)
*6 Muhammad Hafiz Hashim (MAS)
*7 Sourabh Varma (IND)
*8 Chong Wei Feng (MAS)

BERGU LELAKI
*1 Koo Kien Keat/Tan Boon Heong (MAS)
*2 Markis Kido/Hendra Setiawan (INA)
*3 Goh V. Shem/Lim Khim Wah (MAS)
*4 Yoshiteru Hirobe/Kenta Kazuno (JPN)
*5 Cho Gun Woo/Kang Ji Wook (KOR)
*6 Markus Fenaldi/Prima Rahmanto Putra (INA)
*7 Yohanes Rendy Sugiarto/Yuris Wirawan (INA)
*8 Lutfi Zaim Khalid/Vountus Indra Mawan (MAS)

PERSEORANGAN WANITA
*1 P.V. Sindhu (IND)
*2 Minatsu Mitani (JPN)
*3 Chan Tsz Ka (HKG)
*4 Aprilla Yuswandari (INA)

BERGU WANITA
*1 Shinta Mulia Sari/Yao Lie (SIN)
*2 Wong Pei Tty/Chin Eei Hui (MAS)
*3 Vivian Hoo Kah Mun/Woon Khe Wei (MAS)
*4 Suci Rizky Andini/Della Destiara Haris (INA)
*5 Miyuki Maeda/Satoko Suetsuna (JPN)
*6 Shizuka Matsuo/Mami Naito (JPN)
*7 Christinna Pedersen/Kamilla Rytter Juhl (DEN)
*8 Cheng Wen Hsing/Chien Yu Chin (TPE)

BERGU CAMPURAN
*1 Chan Peng Soon/Goh Liu Ying (MAS)
*2 Danny Bawa Chrisnanta/Vanessa Neo Yu Yan (SIN)
*3 Wong Wai Hong/Chu Hoi Wah (HKG)
*4 Tan Aik QuanLai Pei Jing (MAS)

24 April 2012

Pulau Pinang destinasi pilihan Kem Bakat minggu ini

SELEPAS berjaya menarik penyertaan seramai 66 bakat baru di Melaka dua minggu lepas, Kem Bakat Badminton anjuran Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri (Nusa Mahsuri)  akan meneruskan kesinambungan program ke kawasan utara pula. Pulau Pinang akan menjadi destinasi pilihan kem bermula Jumaat ini.

Seperti kelazimannya, legenda badminton negara, Datuk Misbun Sidek yang disertai barisan jurulatih dan pemain Nusa Mahsuri akan hadir untuk memberi tunjuk ajar kepada bakat-bakat Pulau Pinang yang akan diadakan di Kompleks Belia dan Sukan (Kombes) Pulau Pinang, Batu Uban.

Difahamkan, lebih 60 kanak-kanak berusia 9-12 tahun sekitar negeri yang cukup sinonim dengan panggilan ' Pulau Mutiara' dijangka mengambil bahagian. Selain Nusa Mahsuri, program selama tiga hari itu turut disertai pegawai Insitut Sukan Negara (ISN) yang akan tampil dengan ceramah berkaitan pemakanan dan masalah kecederaan sukan.
 


08 April 2012

Kejohanan Antarabangsa Perancis 2012:Hajat Misbun Ramdan tidak kesampaian

HAJAT pemain utama remaja Kebangsaan, Misbun Ramdan Datuk Misbun untuk mengapai kejuaraan pertama pada tahun ini tidak kesampaian apabila tewas kepada pemain berpengalaman India, Anand Pawar pada aksi final Kejohanan Antarabangsa Perancis di Palais des Sports, Orleans sebentar tadi.

Misbun Ramdan yang diletakkan sebagai pemain pilihan keempat kejohanan gagal memecah kebuntuan ketika berdepan dengan Pawar selepas rentak permainan berjaya dibaca. Misbun Ramdan kecundang dua set terus 16-21, 10-21 dalam masa 34 minit.

Aksi final sebelah petang waktu Perancis itu turut membawa malapetaka buruk buat skuad negara apabila dua lagi wakil negara, Sannatasah Saniru dan gandingan Nelson Wei dan Chow Mei Kuan selepas terlebih dahulu menerima nasib serupa apabila kalah dua set terus kepada lawan masing-masing.

KEPUTUSAN PENUH
PERSEORANGAN WANITA
Sannatasah Saniru (MAS) kk *1 Judith Meulendijks (Ned) 12-21, 15-21 [30 minit]
BERGU CAMPURAN
Nelson Wei Keat/Chow Mei Kuan (MAS) kk *1 Peter Kaesbauer/Johanna Goliszewski (JER) 12-21, 11-21 [24 minit]
PERSEORANGAN LELAKI
*4 Misbun Ramdan Misbun kk *3 Anand Pawar (IND) 16-21, 10-21 [34 minit]

02 April 2012

Bakat muda Kelantan terima latihan Misbun



Foto oleh: LIA MURNI MISBUN

PROGRAM Kem Bakat Badminton Peringkat Negeri Kelantan telah berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Panji bermula 29 Mac 2012 lalu.

Program selama tiga hari yang bermula dari jam 6.30 pagi menyediakan pelbagai aktiviti merangkumi latihan senam cergas, latihan kemahiran, shuttle drill, latihan bayangan dan bermacam-macam lagi yang dikendalikan oleh legenda badminton negara, Datuk Misbun Dato' Sidek yang turut dibantu barisan jurulatih berpengalaman Nusa Mahsuri.

Jurulatih-jurulatih kelab profesional pertama negara yang turut terlibat sama ialah bekas pakar bergu negara, Haji Jalani Dato' Sidek, Haji Rahman Dato' Sidek dan bekas pemain nombor satu dunia, Haji Roslin Haji Hashim.

Seramai 69 bakat-bakat muda seluruh negeri Cik Siti Wak Kembang telah mengambil bahagian termasuk dari dari Jajahan Bachok, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Tumpat, Pasir Puteh dan Gua Musang.

Majlis perasmian penutup kem anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Jabatan Belia dan Sukan (JBSN) Negeri Kelantan dengan kerjasama Nusa Mahsuri itu telah disempurnakan oleh Pengarah JBSN Kelantan, Encik Md. Sulji Zakaria. Turut hadir sama ialah Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan KBS, Puan Fazulia Zulkifli.

*Untuk melihat foto-foto menarik mengenai kem di negeri ini, sila klik ke ruangan Foto laman Facebook: Kem Bakat Badminton.

27 Mac 2012

KBS-Nusa Mahsuri kendali Kem Bakat di Panji 29-31 Mac ini

KEMENTERIAN Belia dan Sukan Malaysia menerusi agensinya, Bahagian Pembangunan Sukan dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri akan berkampung di Kompleks Belia dan Sukan (Kombes) Negeri Kelantan, Panji, Kota Bharu bagi meneruskan Program Kem Bakat Badminton peringkat Negeri Kelantan mulai Khamis ini.

Program selama tiga hari akan dikendalikan lagenda badminton negara, Datuk Misbun Dato' Sidek sambil dibantu barisan jurulatih Nusa Mahsuri termasuk Haji Jalani Dato' Sidek, Haji Rahman Dato' Sidek dan bekas pemain nombor satu dunia yang juga anak watan Kelantan, Haji Roslin Hashim.

20 Mac 2012

66 bakat baru teruja terima tunjuk ajar Misbun


Foto oleh: LIA MURNI MISBUN

SERAMAI 66 bakat baru yang pertama kali menyertai Program Kem Bakat Badminton kelihatan teruja menerima tunjuk ajar dan bimbingan daripada lagenda badminton negara, Datuk Misbun Dato' Sidek di Kompleks Sukan Negeri, Seremban 2 yang berakhir kelmarin.

Program selama tiga itu dianjurkan oleh Bahagian Pemanbunan Sukan, Kementerian Belia dn Sukan Malaysia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri dan Institut Sukan Negara.

Majlis perasmian penutup program telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Encik Khairul Shahril Shahbudin. Turut hadir ialah Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan KBS, Puan Fazulia Zulkifli dan wakil Majlis Sukan Negeri.

08 Mac 2012

Nusa Mahsuri kendali Klinik Kejurulatihan Asas di Putrajaya 9 - 11 Mac

LEGENDA badminton negara, Datuk Haji Misbun Dato' Sidek akan mengetuai barisan jurulatih Kelab Badminton Nusa Mahsuri bagi mengendalikan Klinik Kejurulatihan Asas Badminton di Institut Penilaian Negara, Presint 14, Putrajaya selama tiga hari mulai esok.

Program yang berteraskan memberi tunjuk ajar kepada jurulatih-jurulatih tempatan dan mereka yang berminat menceburi bidang kejurulatihan ini dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Institut Penilaian Negara, Nusa Mahsuri dan Institut Sukan Negara.

Ini merupakan program kedua dianjurkan oleh KBS. Pada minggu lalu, program ini telah diadakan di Institut Kemahiran Belia Negara Kinarut, Sabah yang menerima penyertaan seramai 45 peserta.

Antara aturcara yang akan diterapkan dalam program ini ialah kaedah dan modul mengajar, senam cergas, kerja kemahiran, shuttle drill dan sebagainya.

06 Mac 2012

Draw & Keputusan SS Premier Terbuka Seluruh England 2012

DRAW & KEPUTUSAN
KEJOHANAN BADMINTON SUPER SERIES PREMIER TERBUKA SELURUH ENGLAND YONEX 2012
TARIKH: 6 - 11 MAC 2012
VENUE: ARENA TERTUTUP KEBANGSAAN BIRMINGHAM, ENGLAND

Untuk mengetahui draw perlawanan dan keputusan kejohanan, sila klik disini

Pemain Pilihan SS Premier Seluruh England 2012

PEMAIN PILIHAN
KEJOHANAN BADMINTON SUPER SERIES PREMIER TERBUKA SELURUH ENGLAND YONEX 2012
TARIKH: 6 - 11 MAC 2012
VENUE: ARENA TERTUTUP KEBANGSAAN BIRMINGHAM, ENGLAND

PERSEORANGAN LELAKI
*1 Datuk Lee Chong Wei (MAS)
*2 Lin Dan (CHN)
*3 Chen Long (CHN)
*4 Peter Gade Hoeg (DEN)
*5 Chen Jin (CHN)
*6 Sho Sasaki (JPN)
*7 Kenichi Tago (JPN)
*8 Lee Hyun Ill (KOR)

BERGU LELAKI
*1 Cai Yun.Fu Haifeng (CHN)
*2 Jung Jae Sung/Lee Yong Dae (KOR)
*3 Mathias Boe/Cartsen Mogensen (DEN)
*4 Ko Sung Hyun/Yoo Yeon Seong (KOR)
*5 Chai Biao/Guo Zhendong (CHN)
*6 Koo Kien Keat/Tan Boon Heong (MAS)
*7 Mohamad Ahsan/Bona Septano (INA)
*8 Hirokatsu Hashimoto/Noriyasu Hirata (JPN)

PERSEORANGAN WANITA
*1 Wang Yihan (CHN)
*2 Wang Xin (CHN)
*3 Wang Shixian (CHN)
*4 Saina Nehwal (IND)
*5 Tine Baun (DEN)
*6 Jiang Yanjiao (CHN)
*7 Li Xuerui (CHN)
*8 Juliane Schenk (JER)

BERGU WANITA
*1 Wang Xiaoli/Yu Yang (CHN)
*2 Tian Qing/Zhao Yunlei (CHN)
*3 Ha Jung Eun/Kim Min Jung (KOR)
*4 Mizuki Fujii/Reika Kakiiwa (JPN)
*5 Miyuki Maeda/Satoko Suetsuna (JPN)
*6 Shizuka Matsuo/Mami Naito (JPN)
*7 Christinna Pedersen/Kamilla Rytter Juhl (DEN)
*8 Cheng Wen Hsing/Chien Yu Chin (TPE)

BERGU CAMPURAN
*1 Zhang Nan/Zhao Yunlei (CHN)
*2 Xu Chen/Ma Jin (CHN)
*3 Joachim Fischer Nielsen/Christinna Pedersen (DEN)
*4 Tontowi Ahmad/Lilyana Natsir (INA)
*5 Chen Hung Lin/Cheng Wen Hsing (TPE)
*6 Sudket Prapakamol/Saralee Thoungthongkam (THA)
*7 Lee Yong Dae/Ha Jung Eun (KOR)
*8 Thomas Laybourn/Kamilla Rytter Juhl (DEN)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails