Badminton Unlimited 2016 | Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Blog rasmi Kem Bakat Badminton KBS

Negaraku...berkumandang di bumi Mesir selepas Ridzwan Rahmat/Misbun Shawal muncul juara

Youtube

Instagram

Twitter

26 Mei 2011

Kem Bakat berlayar ke Pulau Pinang 10 - 12 Jun


PULAU PINANG bakal menjadi lokasi terbaru Kem Bakat Badminton anjuran Kementerian Belia dan Sukan dan Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Pulau Pinang dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri serta Institut Sukan Negara.

Kem selama tiga hari itu dijangka berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, Batu Uban pada 10 - 12 Jun 2011.

Kepada bakat-bakat di Pulau Pinang yang berusia 9 - 12 tahun yang berminat untuk menyertai kem ini, boleh mendapat maklumat lanjut dengan menghubungi JBS Negeri di talian 04-6554444/04-6551071.

22 Mei 2011

58 peserta gegar Kem Bakat Kelantan

Foto Oleh: LIA MURNI MISBUN

KEM Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri peringkat Negeri Kelantan yang berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Negeri, Panji telah berjaya menarik penyertaan seramai 58 peserta.

Program yang selama tiga hari itu antara lain mempunyai objektif untuk mendedahkan golongan kanak-kanak berusia 9 - 12 tahun kepada teknik permainan yang betul dan bersistematik disamping menyemarakkan lagi badminton dengan lebih tersusun di peringkat akar umbi.

Selanjutnya sila klik disini

17 Mei 2011

Pakar sains Jepun kunjung Nusa Mahsuri

DELEGASI Jepun yang diketuai seorang pakar sains melakukan kunjung hormat ke atas Nusa Mahsuri petang tadi.

Kedatangan delegasi tersebut disambut legenda badminton negara, Datuk Misbun Sidek dan Haji Jalani Dato' Sidek.

Selain kunjung hormat, delegasi yang turut diiringi orang kuat Persatuan Badminton Ehime, Jepun, Akira Hamanaka turut melakukan ujian ke atas pemain Nusa Mahsuri.


14 Mei 2011

MBPJ raih emas badminton campuran sukan badan berkanun Malaysia

MAJLIS Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) membuktikan keunggulan sebagai pasukan pilihan selepas berjaya meraih pingat emas acara badminton campuran pada temasya Sukan Badan Berkanun (Sukanun) Malaysia ke-7 yang berlangsung di Stadium Negeri Kuala Terengganu petang tadi.

Pada perlawanan akhir, MBPJ yang dibarisi ramai pemain bertaraf kebangsaan termasuk empat pemain Nusa Mahsuri mengenepikan cabaran satu lagi rakan senegeri, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dengan skor 4-2.

Sebelum melangkah ke pentas akhir, MBPJ yang berjaya muncul juara Kumpulan A tidak menghadapi sebarang masalah untuk membenam naib juara Kumpulan D, FRIM 4-1.

Selain MBPJ dan MPSJ, pasukan lain yang turut mengambil bahagian ialah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Majlis Sukan Negara, Majlis Perbandaran Klang, Universiti Malaysia Terengganu, Universiti Utara Malaysia, Felda, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan banyak lagi.

Laluan MBPJ
Peringkat Kumpulan (Kumpulan A)
MBPJ mn UniSZA 7-0
MBPJ mn UiTM 6-1
Pusingan Kedua
MBPJ mn CIDB 4-0
Suku Akhir
MBPJ mn MAS 4-1
Separuh Akhir
MBPJ mn FRIM 4-1
Akhir
MBPJ mn MPSJ 4-2

10 Mei 2011

Nusa Mahsuri kunjung hormat Pekerti

YM Raja Datin Seri Salbiah dan Datuk Misbun bergambar kenangan dengan barisan ahli Pekerti.

Foto Oleh: LIA MURNI MISBUN

BERSEMPENA Program Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri peringkat Negeri Sembilan baru-baru ini, Kelab Badminton Nusa Mahsuri berkesempatan melakukan kunjungan hormat dan beramah mesra dengan Yang DiPertua Persatuan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Negeri Sembilan (Pekerti), YM Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin dan ahli-ahlinya.

Pada masa yang sama, rombongan Nusa Mahsuri yang diketuai Datuk Misbun Dato' Sidek turut berpeluang menjengah seketika melihat aksi dan latihan dikalangan para pemain Pekerti sambil memberi tips berguna ketika pasukan Pekerti sedang dalam rangka persiapan latihan menjelang Kejohanan Badminton Piala Perdana tidak lama lagi.

Untuk melihat foto-foto kunjungan hormat ini, sila klik disini

Penutup Kem Bakat Negeri Sembilan diseri kehadiran isteri MB

YM Raja Datin Seri Salbiah yang juga isteri Menteri Besar bersama Datuk Mohid, Misbun dan para peserta kem menjulang satu jari sambil melaungkan slogan 1Malaysia.

Foto Oleh: LIA MURNI MISBUN

KEM Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri peringkat Negeri Sembilan yang berlangsung selama tiga hari telah selamat disempurnakan perasmian penutupnya oleh Yang DiPertua Persatuan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Negeri Sembilan (Pekerti), YM Raja Datin Seri Salbiah binti Tengku Nujumudin.

Info lanjut, boleh layari blog rasmi Kem Bakat disini

02 Mei 2011

Draw & Keputusan GP Emas Terbuka Malaysia 2011



DRAW & KEPUTUSAN

KEJOHANAN BADMINTON GRAND PRIX EMAS TERBUKA MALAYSIA YONEX SUNRISE 2011
TARIKH: 3 - 8 MEI 2011
VENUE: STADIUM SULTAN ABDUL HALIM, ALOR SETAR, KEDAH

Untuk mengetahui draw perlawanan dan keputusan terkini kejohanan, sila klik disini

Pemain Pilihan GP Emas Terbuka Malaysia 2011

PEMAIN PILIHAN
KEJOHANAN BADMINTON GRAND PRIX EMAS TERBUKA MALAYSIA YONEX SUNRISE 2011
TARIKH: 3 - 8 MEI 2011
VENUE: STADIUM SULTAN ABDUL HALIM, ALOR SETAR, KEDAH

BERGU CAMPURAN
*1 Sudket Prapakamol/Saralee Thoungtohngkam (THA)
*2 Songphon Anugritayawon/Kunchala Voravichitchaikul (THA)
*3 Fran Kurniawan/Pia Zebadiah Bernadeth (INA)
*4 Tantowi Ahmad/Lilyana Natsir (INA)
*5 Shintaro Ikeda/Reika Shiota (JPN)
*6 Chan Peng Soon/Goh Liu Ying (MAS)
*7 Xu Chen/Ma Jin (Chn)
*8 Muhammad Rijal/Debby Susanto (INA)

PERSEORANGAN LELAKI
*1 Datuk Lee Chong Wei (MAS)
*2 Taufik Hidayat (INA) - tarik diri
*3 Nguyen Tien Minh (VIE)
*4 Chen Jin (CHN)
*5 Simon Santoso (INA)
*6 Park Sung Hwan (KOR)
*7 Bao Chunlai (CHN)
*8 Wong Choong Hann (MAS)
*9 Lee Hyun Ill (KOR)
*10 Alamsyah Yunus (INA)
*11 Sho Sasaki (JPN)
*12 P. Kashyap (INA)
*13 Dionysius Hayom Rumbaka (INA)
*14 Shon Wan Ho (KOR)
*15 Tommy Sugiarto (INA)
*16 Kazushi Yamada (JPN)

PERSEORANGAN WANITA
*1 Saina Nehwal (IND)
*2 Wang Xin (CHN)
*3 Jiang Yanjiao (CHN)
*4 Bae Youn Joo (KOR)
*5 Yip Pui Yin (HKG) - tarik diri
*6 Eriko Hirose (JPN)
*7 Sung Ji Hyun (KOR)
*8 Yao Jie (NED)
*8 Salakjit Ponsana (THA)

BERGU LELAKI
*1 Koo Kien Keat/Tan Boon Heong (MAS)
*2 Markis Kido/Hendra Setiawan (INA)
*3 Mohamad Ahsan/Bona Septano (INA)
*4 Yulianto Alvent/Hendra Aprida Gunawan (INA)
*5 Hirokatsu Hashimoto/Noriyasu Hirata (JPN)
*6Hiroyuki Endo/Kenichi Hayakawa (JPN)
*7 Naoki Kawamae/Shoji Sato (JPN)
*8 Cho Gun Woo/Kwon Yi Goo (KOR)

BERGU WANITA
*1 Miyuki Maeda/Satoko Suetsuna (JPN)
*2 Mizuki Fujii/Reika Kakiiwa (JPN)
*3 Duanong Aroonkesorn/Kunchala Voravichitchaikul (THA)
*4 Meilina Jauhari/Gresya Polii (INA)
*5 Sizuka Matsuo/Mami Naito (JPN)
*6 Shinta Mulia Sari/Yao Lie (SIN)
*7 Wong Pei Tty/Chin Eei Hui (MAS)
*8 Lotte Jonathans/Paulien Van Dooremalen (NED)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails