Blog rasmi Kem Bakat Badminton KBS

Badminton Unlimited 2016 | Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Negaraku...berkumandang di bumi Mesir selepas Ridzwan Rahmat/Misbun Shawal muncul juara

Youtube

Instagram

Twitter

12 Disember 2011

68 kanak-kanak sertai Kem Bakat Badminton Edisi Khas Banting Kuala Langat


KELAB Badminton Nusa Mahsuri dengan kerjasama Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) dan Kolej Matrikulasi Selangor buat julung-julung kalinya telah menganjurkan Kem Bakat Badminton Edisi Khas Banting, Kuala Langat yang berakhir semalam.

Kem selama tiga hari itu itu telah berjaya menarik penyertaan seramai 68 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah berusia 9 - 13 tahun sekitar Daerah Kuala Langat.

Program yang berteraskan pengisian model latihan khusus sukan badminton telah diselaraskan oleh lagenda badminton negara, Datuk Misbun Dato' Sidek dan Haji Jalani Dato' Sidek sambil dibantu barisan jurulatih Nusa Mahsuri.

Kehadiran kedua-dua lagenda yang juga anak kelahiran Banting nyata menyuntik semangat dikalangan para peserta yang cukup teruja menerima latihan dengan penuh bersemangat.

Ia sekaligus memenuhi objektif program yang bertujuan menyeimbangkan pembangunan sukan badminton dengan lebih tersusun di Daerah Kuala Langat hingga ke peringkat akar umbi selain mendedahkan golongan kanak-kanak kepada teknik permainan asas badminton dengan sistem permainan yang betul.

Program itu turut mendapat kerjasama dari pelbagai agensi termasuklah Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Langat dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

Majlis perasmian penutup program telah disempurnakan oleh Pegawai Jabatan Khidmat Pengurusan MDKL, Encik Miskon Haji Karim yang mewakili Yang DiPertua MDKL.


Nota: Untuk melihat lebih banyak foto menarik mengenai kem ini, sila klik disini

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails