Blog rasmi Kem Bakat Badminton KBS

Badminton Unlimited 2016 | Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Negaraku...berkumandang di bumi Mesir selepas Ridzwan Rahmat/Misbun Shawal muncul juara

Youtube

Instagram

Twitter

11 Julai 2011

Engku Azman gesa peserta Kem Bakat tingkat kualiti permainan


Foto Oleh: LIA MURNI MISBUN

"Ramai mengetahui sukan badminton ini bukan sahaja berkembang secara menyeluruh di negeri Melaka tetapi di seluruh Malaysia. namun bagi memperoleh teknik dan taktik permainan ini ke tahap lebih tinggi, ia memerlukan pendedahan tunjuk ajar yang betul.

"Saya yakin dikalangan para peserta telah mempelajari sukan ini bertahun-tahun tetapi peluang apabila bertemu dengan Datuk Misbun Sidek dan barisan jurulatih Nusa Mahsuri, sudah tentu akan mampu meningkatkan teknik, taktik dan strategi yang mungkin tidak pernah dilalui selama ini," ujar Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, YM Engku Azman Sayed Mohd.

Ketika berucap mewakili Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Belia dan Sukan Negeri Melaka, YB Datuk Ab Rahman Ab Karim dalam majlis perasmian penutup Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri peringkat Negeri Melaka kelmarin, Engku Azman percaya para peserta yang mengambil bahagian dapat meningkatkan kualiti permainan bagi membolehkan masing-masing dapat mewakili peringkat sekolah, daerah, negeri dan seterusnya kebangsaan.

Selain itu, Engku Azman menambah, pihaknya juga merancang untuk mengadakan kem seumpama ini untuk melahirkan bakal-bakal jurulatih untuk memberi tunjuk ajar kepada para pemain badminton di peringkat negeri. Pada mulanya, kita merancang untuk mengadakan program tersebut tahun ini, tetapi ditangguhkan akibat kekangan kewangan.

Katanya, menerusi penglibatan lebih ramai jurulatih berkaliber, kita yakin usaha kerajaan untuk melihat bakat-bakat baru diketengahkan ke peringkat lebih tinggi dan mengisi kekosongan pemain negara suatu hari nanti mampu digapai. Secara tidak langsung ia juga dapat mengembangkan tahap prestasi jurulatih-jurulatih berkenaan dari masa ke semasa.

Seramai 68 bakat-bakat baru di seluruh negeri Melaka telah mengambil bahagian dalam program selama tiga hari yang diadakan di Dewan SMK Seri Tanjong dan Institut Koreksional Penjara Melaka, Tanjung Kling.

Selain Misbun, turut hadir memberi bimbingan kepada para peserta kem termasuklah bekas pemain nombor satu dunia, Haji Muhammad Roslin Hashim, Zulfari Abdullah, Misbun Shawal Datuk Misbun, Lok Chong Chieh, Ridzwan Rahmat dan Nornikman Hussin.

Sila klik disini untuk melihat paparan lebih banyak foto-foto kem ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails