Blog rasmi Kem Bakat Badminton KBS

Badminton Unlimited 2016 | Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Negaraku...berkumandang di bumi Mesir selepas Ridzwan Rahmat/Misbun Shawal muncul juara

Youtube

Instagram

Twitter

19 Julai 2011

Draw & Keputusan Cabaran Antarabangsa Indonesia 2011

DRAW & KEPUTUSAN
KEJOHANAN BADMINTON CABARAN ANTARABANGSA INDONESIA VICTOR 2011
TARIKH: 19 - 24 JULAI 2011
VENUE: GOR SUDIRMAN, SURABAYA

Untuk mengetahui draw perlawanan dan keputusan terkini kejohanan, sila klik disini

Pemain Pilihan Cabaran Antarabangsa Indonesia 2011

PEMAIN PILIHAN
KEJOHANAN BADMINTON CABARAN ANTARABANGSA INDONESIA VICTOR 2011
TARIKH: 19 - 24 JULAI 2011
VENUE: GOR SUDIRMAN, SURABAYA

Untuk mengikuti senarai pemain pilihan kejohanan, sila klik disini

Keratan video Kem Bakat KBS-Nusa Mahsuri peringkat Kuala Lumpur 2011





18 Julai 2011

Kem Bakat Badminton KL: Misbun puji komitmen 61 peserta


Foto oleh: LIA MURNI MISBUN

KEM Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berakhir semalam di Kolej Kediaman Ke-11, Fakulti Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia, Serdang telah berjalan dengan lancar.

Program bermula Khamis lalu telah berjaya menarik penyertaan bakat muda berusia 9-12 tahun seramai 61 orang.

Ketua Jurulatih Program, Datuk Misbun Dato Sidek ketika memberi amanat terakhir sebelum bermulanya majlis penutup melahirkan rasa gembira dengan komitmen dan semangat kental dipamerkan para peserta walaupun sebahagian besarnya pertama kali menyertai program tersebut.

" Inilah intipati dan objektif utama kem yang bukan sahaja bermatlamat membimbing para peserta dengan kaedah permainan yang betul tetapi juga membentuk disiplin tinggi dikalangan bakat baru supaya mereka lebih bersedia apabila diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

"Saya yakin berbekalkan tunjuk ajar saya dan jurulatih Nusa Mahsuri, bakat muda ini diharapkan mampu mempraktikkannya sepertimana yang diarahkan. Setidak-tidaknya, ada peserta yang tidak pernah terfikir untuk pergi lebih jauh mampu menggunakan segala ilmu yang diterima untuk mewakili sekolah diikuti daerah, negeri dan seterusnya kebangsaan pada masa akan datang.

Majlis penutup kem selama tiga hari itu telah disempurnakan oleh Pengarah Cawangan Kecergasan Nasional Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Tuan Haji Salleh Ghazali. Hadir sama ialah Timbalan Pengarah Bahagian Sukan Jabatan Belia dan Sukan Kuala Lumpur, Noor Azma Deris dan Penolong Pengarah Pembangunan dan Kemajuan Sukan KBS, Puan Fazulia Zulkifli.

14 Julai 2011

Misbun ' berkampung' di UPM Serdang esok

Lagenda Badminton Negara, Datuk Haji Misbun Dato' Haji Sidek (foto) dijangka akan mengetuai barisan jurulatih Kelab Badminton Nusa Mahsuri 'berkampung' selama tiga bagi mengendalikan Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Program selama tiga tersebut yang bermula esok akan diadakan di Kolej Ke-11, Fakulti Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia, Serdang.

Difahamkan seramai 60 orang bakat baru berusia 9-12 tahun di sekitar Kuala Lumpur akan mendaftarkan diri di meja urusetia esok.

Keterangan lanjut berhubung kem itu, sila berhubung terus dengan Encik Zainal Kinto dari Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur di talian 019-6071003 atau 03-20940990.

13 Julai 2011

Draw & Keputusan Kejohanan Terbuka Kedah 2011

DRAW & KEPUTUSAN
KEJOHANAN BADMINTON SIRKIT KEBANGSAAN TERBUKA KEDAH PROTON 2011
TARIKH: 13 - 16 JULAI 2011
VENUE: DEWAN BADMINTON PERSATUAN BADMINTON KEDAH, JALAN SUKA MENANTI, ALOR SETAR

Untuk mengetahui draw perlawanan dan keputusan terkini kejohanan, sila klik disini

Pemain Pilihan Terbuka Kedah 2011

PEMAIN PILIHAN
KEJOHANAN BADMINTON SIRKIT KEBANGSAAN TERBUKA KEDAH PROTON 2011
TARIKH: 13 - 16 JULAI 2011
VENUE: DEWAN BADMINTON PERSATUAN BADMINTON KEDAH, JALAN SUKA MENANTI, ALOR SETAR

DIVISYEN SATU
BERGU CAMPURAN
*1 Ong Jian Guo/Chong Sook Chin
*2 Chan Peng Soon/Chin Eei Hui

PERSEORANGAN LELAKI
*1 Datuk Lee Chong Wei
*2 Wong Choong Hann
*3 Muhammad Hafiz Hashim
*4 Liew Daren

PERSEORANGAN WANITA
*1 Tee Jing Yi
*2 Lydia Cheah Li Ya

BERGU LELAKI
*1 Hoon Thien Hoow/Tan Boon Heong
*2 Fairuzizuan Tazari/Ong Soon Hock
*3 Gan Teik Chai/Tan Bin Shen
*4 Goh Wei Shem/Lim Khim Wah

BERGU WANITA
*1 Ng Hui Ern/ Ng Hui Lin
*2 Chi Eei Hui/Goh Liu Ying

DIVISYEN DUA
BERGU CAMPURAN
*1 Muhd Adib Haiqal Nurizwan/Yap Cheng Wen
*2 Calvin Ong Jia Hong/Lim Chiew Sien

PERSEORANGAN LELAKI
*1 Nur Mohd Azriyn Ayup
*2 Chong Yee Han
*3/4 Goh Giap Chin
*3/4 Soong Joo Ven
*5/8 Tan Fang Wfei
*5/8 Lee Jian Jie
*5/8 Soo Kar Seong
*5/8 H'ng Ken Wei
*9/16 Vincent Phuah Cheng Wei
*9/16 Winson Neo Vui Min
*9/16 Tan Kian Meng
*9/16 Ai Wei Jian
*9/16 Lim Chi Wing
*9/16 Darren Issac a/l Deva Dass
*9/16 Dede Ryan Philip
*9/16 Soo Teck Zhi

PERSEORANGAN WANITA
*1 Lim Chiew Sien
*2 Ho Yen Mei
*3/4 Lee Zii Yii
*3/4 Evelyn Chee Yi Lyn
*5/8 Lim Yin Fun
*5/8 Sylvia Kavita Kumares
*5/8 Cheah Yee See
*5/8 Norshahida Baharum

BERGU LELAKI
*1 Jagdish Singh/Low Juan Sheng
*2 Chia Yi Jie/Muhamad Farid
*3/4 Sant Enos Jani/Tan An Kang
*3/4 Dede Ryan Philip/Nue Mohd Azriyn Ayup
*5/8 Hafifi Hashim/Hafizi Hashim
*5/8 Akmal Zakaria/Ong Yew Sin
*5/8 Marcel Simon/Adib Haiqal Nurizwan
*5/8 Chong Yee Han/Tan Kian Meng
*9/16 Chuah Keh Yeap/Aliff Nurizwan
*9/16 Calvin Ong Jia Hong/Darren Issac
*9/16 Eric Jong Zie Sheng/Nik Azfar Nik Mazlan
*9/16 Lai Zing Neng/Roni Tan Wee Long
*9/16 Lim Ming Chuen/Teoh Khai Siang
*9/16 Soo Kar Seong/Tay Kok Hau
*9/16 Lim Chi Wing/Soo Teck Zhi
*9/16 Chua Khek Wei/Ng Di Hua

BERGU WANITA
*1 Goh Yea Ching/Ho Yen Mei
*2 Peak Yen Wei/Yap Rui Chen
*3/4 Adrina Aysha Anscelly/Tan Sue Lin
*3/4 Cheah Yee See/Sylvia Kavita Kumares

11 Julai 2011

Keratan video Kem Bakat KBS-Nusa Mahsuri Negeri Melaka 2011



Engku Azman gesa peserta Kem Bakat tingkat kualiti permainan


Foto Oleh: LIA MURNI MISBUN

"Ramai mengetahui sukan badminton ini bukan sahaja berkembang secara menyeluruh di negeri Melaka tetapi di seluruh Malaysia. namun bagi memperoleh teknik dan taktik permainan ini ke tahap lebih tinggi, ia memerlukan pendedahan tunjuk ajar yang betul.

"Saya yakin dikalangan para peserta telah mempelajari sukan ini bertahun-tahun tetapi peluang apabila bertemu dengan Datuk Misbun Sidek dan barisan jurulatih Nusa Mahsuri, sudah tentu akan mampu meningkatkan teknik, taktik dan strategi yang mungkin tidak pernah dilalui selama ini," ujar Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, YM Engku Azman Sayed Mohd.

Ketika berucap mewakili Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Belia dan Sukan Negeri Melaka, YB Datuk Ab Rahman Ab Karim dalam majlis perasmian penutup Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri peringkat Negeri Melaka kelmarin, Engku Azman percaya para peserta yang mengambil bahagian dapat meningkatkan kualiti permainan bagi membolehkan masing-masing dapat mewakili peringkat sekolah, daerah, negeri dan seterusnya kebangsaan.

Selain itu, Engku Azman menambah, pihaknya juga merancang untuk mengadakan kem seumpama ini untuk melahirkan bakal-bakal jurulatih untuk memberi tunjuk ajar kepada para pemain badminton di peringkat negeri. Pada mulanya, kita merancang untuk mengadakan program tersebut tahun ini, tetapi ditangguhkan akibat kekangan kewangan.

Katanya, menerusi penglibatan lebih ramai jurulatih berkaliber, kita yakin usaha kerajaan untuk melihat bakat-bakat baru diketengahkan ke peringkat lebih tinggi dan mengisi kekosongan pemain negara suatu hari nanti mampu digapai. Secara tidak langsung ia juga dapat mengembangkan tahap prestasi jurulatih-jurulatih berkenaan dari masa ke semasa.

Seramai 68 bakat-bakat baru di seluruh negeri Melaka telah mengambil bahagian dalam program selama tiga hari yang diadakan di Dewan SMK Seri Tanjong dan Institut Koreksional Penjara Melaka, Tanjung Kling.

Selain Misbun, turut hadir memberi bimbingan kepada para peserta kem termasuklah bekas pemain nombor satu dunia, Haji Muhammad Roslin Hashim, Zulfari Abdullah, Misbun Shawal Datuk Misbun, Lok Chong Chieh, Ridzwan Rahmat dan Nornikman Hussin.

Sila klik disini untuk melihat paparan lebih banyak foto-foto kem ini.

08 Julai 2011

Nusa mahsuri kendali Kem Bakat Badminton di Melaka 8-10 Julai

KEM Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri akan ke Melaka mulai hari ini hingga Ahad bersamaan 8 - 10 Julai 2011.

Program selama tiga hari itu akan diadakan di Dewan Badminton SMK Sri Tanjung, Pantai Kundur, tanjung Kling dengan disertai lagenda badminton negara, Datuk Misbun Sidek sambil dibantu barisan jurulatih profesional Kelab Badminton Nusa Mahsuri.

04 Julai 2011

61 bakat baru digesa tingkat prestasi

Foto oleh: LIA MURNI MISBUN

KEMENTERIAN Belia dan Sukan Malaysia dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri serta Institut Sukan Negara telah mengadakan Program Kem Bakat Badminton selama tiga hari yang berakhir kelmarin.

Program yang dimulai seawal pagi dengan aktiviti senam cergas itu telah disertai seramai 61 bakat-bakat baru yang terpilih dari seluruh negeri Perlis.

Objektif kem antara lain bertujuan mendidik bakat baru berusia 9-12 tahun dengan sistem permainan yang betul selain mengenal pasti potensi mereka untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Perlis, Tuan Haji Abd Haris Ishak yang menyempurnakan perasmian penutup kem tersebut menggesa para peserta yang mengambil bahagian akan menggunakan kesempatan untuk mempertingkatkan prestasi masing-masing selepas menerima sentuhan dan bimbingan daripada lagenda badminton negara yang juga Ketua Jurulatih Program, Datuk Misbun Dato' Sidek.

"Saya amat berharap apa yang dipelajari sepanjang tempoh kem ini berlangsung akan menambah lagi semangat dan ketekunan para peserta untuk pergi lebih jauh lagi dan tidak hanya sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja. Bagi pihak jabatan, kami bersedia untuk memberi kerjasama terhadap sebarang aktiviti pembangunan sukan badminton pada masa depan supaya ia terus mekar di arena badminton negara.," ujar Haris dalam ucapan perasmian itu.

Turut hadir di majlis penutup tersebut ialah Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan KBS, Puan Fazulia Zulkifli, Penolong Pengarah Bahagian Sukan JBS Perlis, Puan Siti Hasmah Hassan dan Penasihat Nusa Mahsuri, Tuan Haji Mohd Jalani Dato' Sidek.

Untuk melihat foto-foto menarik mengenai kem di negeri ini, sila klik disini

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails