Badminton Unlimited 2016 | Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Sukan Sea Kuala Lumpur 2017

Blog rasmi Kem Bakat Badminton KBS

Negaraku...berkumandang di bumi Mesir selepas Ridzwan Rahmat/Misbun Shawal muncul juara

Youtube

Instagram

Twitter

28 Oktober 2010

Foto-foto menarik sekitar Kem Badminton KBS-Nusa Mahsuri Zon Sarawak 2010

Dalam kenangan...sebahagian peserta bersorak gembira selepas berjaya menamatkan latihan selama tiga hari.
Sebahagian peserta mengerumuni Rahman untuk mendapatkan otograf.Para peserta cukup ceria menjalani latihan di Dewan Persatuan Badminton Sarawak.
Ridzwan yang berpasangan dengan Rahman sedang melakukan smash ke arah gelanggang lawan semasa perlawanan pertunjukkan.Kelihatan Zulfari sedang mengendalikan latihan sebelah pagi sambil dibantu Ridzwan.Izuan bersama-sama Rahman mengetuai para peserta melakukan larian ketika latihan senaman cergas.Sebahagian besar menjalani senaman pagi dikendalikan oleh Izuan.
Pemandangan sekitar Kem Badminton KBS-Nusa Mahsuri Zon Sarawak.

26 Oktober 2010

Draw & Keputusan SS Terbuka Denmark 2010

DRAW & KEPUTUSAN
KEJOHANAN BADMINTON SUPER SERIES TERBUKA DENMARK 2010
TARIKH: 26 - 31 OKTOBER 2010
VENUE: ODENSE SPORTS PARK, HOEJSTRUPVEJ 5, ODENSE, DENMARK

Untuk mengetahui draw dan keputusan perlawanan di kejohanan ini, sila klik disini

Pemain pilihan SS Terbuka Denmark 2010

SENARAI PEMAIN PILIHAN
KEJOHANAN BADMINTON SUPER SERIES TERBUKA DENMARK 2010
TARIKH: 26 - 31 OKTOBER 2010
VENUE: ODENSE SPORTS PARK, HOEJSTRUPVEJ 5, ODENSE, DENMARK

Untuk mengetahui senarai pemain pilihan kejohanan, sila klik disini

21 Oktober 2010

Lebih 60 peserta dijangka sertai Kem Badminton di Sarawak esok

MULAI esok, barisan jurulatih dan para pemain Kelab Badminton Nusa Mahsuri (Nusa Mahsuri BC) akan berada di negeri Bumi Kenyalang, Sarawak untuk menjayakan satu program Kem Badminton.

Kem anjuran Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Nusa Mahsuri BC dan Institut Sukan Negara ini akan berlangsung selama tiga hari di Bandaraya Kuching dan dijangka lebih 60 orang peserta yang terdiri daripada remaja berusia 9-12 tahun akan mengambil bahagian.


14 Oktober 2010

Ramdan akur kehebatan Liew Daren

KEJAYAAN menumbangkan pemain pilihan kejohanan, Sony Dwi Kuncoro semalam nyata tidak membawa tuah kepada Misbun Ramdan Datuk Misbun apabila terpaksa akur dengan kehebatan rakan senegara, Liew Daren pada pusingan ketiga Grand Prix Emas Terbuka Indonesia yang berakhir sebentar tadi.

Pada set pertama, Ramdan kelihatan hanya mampu bertahan apabila Daren menggunakan segala pengalaman luasnya dengan melakukan pukulan smash bertali arus hingga mencapai kemenangan mudah 21-14 dalam masa 11 minit.

Bagaimanapun, situasi itu sedikit berubah pada set kedua apabila Ramdan berjaya menyeimbangkan permainan dan saling mengejar kutipan mata antara satu sama lain. Satu ketika Ramdan berjaya merapati kedudukan 14-14. Namun ia tidak kekal lama apabila tiba pula giliran Daren mengutip mata berturut-turut dan seterusnya memenangi perlawanan 21-14.

Pada peringkat suku akhir esok, Daren pemain bukan pilihan akan menentang Alamsyah Yunus dari Indonesia.

Sehingga berita ini ditulis, selain Daren, pasangan Ong Jian Guo/Chong Sook Chin turut meloloskan diri ke suku akhir acara bergu campuran. Pasangan muda negara itu mengenepikan cabaran pasangan China, 21-14, 13-21, 21-12 dalam masa 39 minit.

13 Oktober 2010

Kejutan terbesar GP Emas Terbuka Indonesia 2010: Ramdan tumbangkan Sony Kuncoro

PEMAIN utama Kelab Badminton Nusa Mahsuri yang juga pemain remaja Kebangsaan, Misbun Ramdan Datuk Misbun melakukan kejutan terbesar pada pusingan Kedua Grand Prix Emas Terbuka Indonesia 2010 selepas menumbangkan jaguh tuan rumah, Sony Dwi Kuncoro 21-13, 10-21, 21-16 dalam masa 42 minit sebentar tadi.

Ekoran kejayaan, beliau dijangka bertemu rakan senegara, Liew Daren pada pusingan seterusnya.

Draw & Keputusan GP Emas Terbuka Indonesia 2010

DRAW & KEPUTUSAN
KEJOHANAN BADMINTON GRAND PRIX EMAS TERBUKA INDONESIA 2010
TARIKH: 12 - 17 OKTOBER 2010
VENUE: DEWAN PALARAN, SAMARINDA, KALIMANTAN TIMUR, INDONESIA

Untuk mengetahui pemain pilihan kejohanan ini, sila klik disini

Pemain Pilihan GP Emas Terbuka Indonesia 2010

SENARAI PEMAIN PILIHAN
KEJOHANAN BADMINTON GRAND PRIX EMAS TERBUKA INDONESIA 2010
TARIKH: 12 - 17 OKTOBER 2010
VENUE: DEWAN PALARAN, SAMARINDA, KALIMANTAN TIMUR, INDONESIA

Untuk mengetahui pemain pilihan kejohanan ini, sila klik disini

05 Oktober 2010

Keputusan Badminton Sukan Komanwel 2010

KEPUTUSAN ACARA BADMINTON
SUKAN KOMANWEL XIX
TARIKH: 4-14 OKTOBER 2010
VENUE: KOMPLEKS SUKAN SIRI FORT, NEW DELHI

Untuk mengetahui setiap keputusan acara badminton di temasya ini, sila klik disini

02 Oktober 2010

Draw Perlawanan Badminton Berpasukan Sukan Komanwel 2010

DRAW PERLAWANAN
SUKAN KOMANWEL XIX
TARIKH: 4-8 OKTOBER 2010
VENUE: KOMPLEKS SUKAN SIRI FORT, NEW DELHI
ACARA BERPASUKAN

Untuk mengetahui draw perlawanan berpasukan di temasya ini, sila klik disini

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails