Badminton Unlimited 2016 | Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Sukan Sea Kuala Lumpur 2017

Blog rasmi Kem Bakat Badminton KBS

Sabah dinobat juara Kejohanan Kem Bakat Badminton KBS 2016

Sabah dinobat juara Kejohanan Kem Bakat Badminton KBS 2016

Negaraku...berkumandang di bumi Mesir selepas Ridzwan Rahmat/Misbun Shawal muncul juara

Youtube

Instagram

Twitter

29 April 2010

Piala Thomas/Uber 2010: Belian tiket secara online

BAGI memastikan kelancaran temasya Pusingan Akhir Piala Thomas/Uber 2010 yang akan berlangsung di Stadium Putra mulai 9 - 16 Mei depan, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah mengambil langkah awal dengan mempromosi jualan tiket secara online selain boleh diperolehi dari pusat jualan yang terpilih.


Untuk membeli tiket secara online, sila klik disini

27 April 2010

Pemain negara ke pusingan Akhir Piala Thomas/Uber 2010

SENARAI PEMAIN NEGARA
KE PUSINGAN AKHIR PIALA THOMAS/UBER 2010
TARIKH: 9 - 16 MEI 2010
VENUE: STADIUM PUTRA, KOMPLEKS SUKAN BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR

PIALA THOMAS
Datuk Lee Chong Wei
Wong Choong Hann
Muhammad Hafiz Hashim
Tan Chun Seang
Koo Kien Keat
Tan Boon Heong
Mohd Fairuzizuan Tazari
Zakry Abdul Latif
Hoon Thien How
Ong Soon Hock

PIALA UBER
Wong Mew Choo
Julia Wong
Lydia Cheah
Tee Jing Yi
Wong Pei Tty
Chin Eei Hui
Woon Khe Wei
Vivian Hoo
Goh Liu Ying
Ng Hui Lin

Senarai pasukan layak ke pusingan akhir Piala Thomas/Uber 2010

SENARAI PASUKAN YANG LAYAK
PUSINGAN AKHIR PIALA THOMAS/UBER 2010
TARIKH: 9 -16 MEI 2010
VENUE: STADIUM PUTRA, KOMPLEKS SUKAN BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR

PIALA THOMAS
KUMPULAN A
China
Korea
Peru

KUMPULAN B
Malaysia
Jepun
Nigeria

KUMPULAN C
Denmark
Jerman
Poland

KUMPULAN D
Indonesia
India
Australia

PIALA UBER
KUMPULAN A
China
Malaysia
Amerika Syarikat

KUMPULAN B
Indonesia
Denmark
Australia

KUMPULAN C
Jepun
Rusia
Jerman

KUMPULAN D
Korea
India
Afrika Selatan

18 April 2010

Kem Badminton KBS-Nusa Mahsuri Zon Tengah selamat disempurnakan


KEM Badminton KBS-Nusa Mahsuri peringkat Zon Tengah telah selamat disempurnakan dengan jayanya dan berakhir di Kompleks Belia dan Sukan Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Kuala Lumpur Kampung Pandan tengahari tadi.Program selama tiga hari itu ditutup dengan rasminya oleh Pengarah JBS Kuala Lumpur, Puan Hajah Hatipah Ibrahim.
Turut hadir di majlis ini ialah Ketua Jurulatih Program yang juga penasihat Nusa Mahsuri BC, Datuk Haji Misbun Sidek, Wakil Bahagian Pembangunan Sukan KBS, Encik Shamsul Anuar Adnan dan Penolong Pegawai Pembangunan Sukan, Nurul Ain Muhamad Rafiai.


16 April 2010

65 peserta Lembah Klang sertai Kem Badminton KBS-Nusa Mahsuri Zon Tengah


SERAMAI 65 bakat muda dari seluruh Lembah Klang telah terpilih mengambil bahagian dalam Kem Badminton KBS-Nusa Mahsuri 2010 peringkat Zon Tengah yang bermula petang tadi, demikian tegas Penolong Pegawai Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur, Nurul Ain Muhammad Rafiai.
"Sepanjang program ini diumumkan kepada awam, sambutan diterima cukup memberangsangkan. Ada dikalangan bakat baru tidak putus-putus menghubungi urusetia untuk mendaftar pada saat-saat akhir. Bagaimanapun, pihak kami terpaksa menolak dengan baik dengan alasan masa pendaftaran telah tamat dan kuota penyertaan sudah mencukupi.
Pada sesi pendaftaran, kelihatan ramai bakat-bakat baru berusia 9 -12 tahun telah datang mendaftarkan diri sambil ditemani ibu-bapa dan guru masing-masing.
Selepas selesai urusan pendaftaran, para peserta kemudiannya telah diberi taklimat khas berhubung jadual program yang disampaikan jurulatih Nusa Mahsuri BC, Zulfari Abdullah. Turut hadir di majlis itu ialah Wakil Bahagian Sukan KBS, Shamsul Anuar, Bendahari Nusa Mahsuri BC, Ab Rahim Bakar dan pemain Nusa Mahsuri BC, Ridzwan Rahmat.
Zulfari sedang menyampaikan taklimat khas kepada peserta Kem Badminton. Kelihatan sama, Ridzwan Rahmat.

Para peserta Kem Badminton khusyuk mendengar taklimat berhubung jadual program Kem Bakat.

15 April 2010

Kem Badminton KBS-Nusa Mahsuri Zon Tengah di Kg Pandan bermula esok


DALAM usaha menyemarakkan sukan badminton dengan lebih giat lagi, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri (Nusa Mahsuri BC) bakal mengadakan Kem Badminton KBS-Nusa Mahsuri peringkat Zon Tengah selama tiga hari di Kompleks Belia dan Sukan Kampung Pandan bermula esok.
Ia merupakan kesinambungan program yang telah dijalankan sejak beberapa tahun lalu yang antara lain memberi pendedahan kepada bakat-bakat baru terhadap sistem permainan badminton yang betul.
Beberapa kriteria telah dikenalpasti bagi menjayakan program kali ini. Antaranya, setiap peserta haruslah memiliki sihat tubuh badan, memiliki asas permainan badminton, berusia 9-12 tahun dan tidak pernah mewakili daerah, negeri mahupun kebangsaan.
Seperti kelazimannya, setiap peserta yang akan mengambil bahagian perlu membawa kelengkapan secukupnya sebagai pemain badminton.
Sepanjang program ini dijalankan, setiap peserta akan didedahkan dengan pelbagai asas permainan oleh barisan jurulatih Nusa Mahsuri BC diketuai Datuk Misbun Sidek sambil dibantu Abdul Rahman Dato' Sidek, Zulfari Abdullah, Misbun Shawal Datuk Misbun dan ramai lagi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails