Blog rasmi Kem Bakat Badminton KBS

Badminton Unlimited 2016 | Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Negaraku...berkumandang di bumi Mesir selepas Ridzwan Rahmat/Misbun Shawal muncul juara

Youtube

Instagram

Twitter

14 Oktober 2010

Ramdan akur kehebatan Liew Daren

KEJAYAAN menumbangkan pemain pilihan kejohanan, Sony Dwi Kuncoro semalam nyata tidak membawa tuah kepada Misbun Ramdan Datuk Misbun apabila terpaksa akur dengan kehebatan rakan senegara, Liew Daren pada pusingan ketiga Grand Prix Emas Terbuka Indonesia yang berakhir sebentar tadi.

Pada set pertama, Ramdan kelihatan hanya mampu bertahan apabila Daren menggunakan segala pengalaman luasnya dengan melakukan pukulan smash bertali arus hingga mencapai kemenangan mudah 21-14 dalam masa 11 minit.

Bagaimanapun, situasi itu sedikit berubah pada set kedua apabila Ramdan berjaya menyeimbangkan permainan dan saling mengejar kutipan mata antara satu sama lain. Satu ketika Ramdan berjaya merapati kedudukan 14-14. Namun ia tidak kekal lama apabila tiba pula giliran Daren mengutip mata berturut-turut dan seterusnya memenangi perlawanan 21-14.

Pada peringkat suku akhir esok, Daren pemain bukan pilihan akan menentang Alamsyah Yunus dari Indonesia.

Sehingga berita ini ditulis, selain Daren, pasangan Ong Jian Guo/Chong Sook Chin turut meloloskan diri ke suku akhir acara bergu campuran. Pasangan muda negara itu mengenepikan cabaran pasangan China, 21-14, 13-21, 21-12 dalam masa 39 minit.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails