Blog rasmi Kem Bakat Badminton KBS

Badminton Unlimited 2016 | Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Negaraku...berkumandang di bumi Mesir selepas Ridzwan Rahmat/Misbun Shawal muncul juara

Youtube

Instagram

Twitter

12 Jun 2010

ADUN Bayu tutup program Kem Badminton Zon Utara




SERAMAI 58 orang peserta telah mengambil bahagian dalam Kem Badminton peringkat Zon Utara yang berakhir di Kompleks Rakan Muda Baling tengahari tadi.

Program anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Jabatan Belia dan Sukan Kedah dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri selama tiga hari bermula Khamis lalu bertujuan untuk menanam minat dikalangan golongan kanak-kanak berusia 9-12 tahun terhadap sukan bertaraf antarabangsa itu sambil menyemarakkan sukan ini di peringkat akar umbi.Jurulatih Nusa Mahsuri yang terlibat dalam program kali ini ialah Datuk Misbun Dato' Sidek sambil dibantu Ab Rahim Bakar, Salim Sameon, Zulfari Abdullah, Ridzwan Rahmat dan Norrafizi Aswad.

Majlis perasmian penutup telah dilakukan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Bayu, YB Azmi Che Hussein. Turut hadir ialah Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Kedah, Encik Othman Abdul, Wakil Jabatan Belia dan Sukan Negara, Encik Shamsul Anuar dan Wakil Institut Sukan Negara, Cik Azimah.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails