Blog rasmi Kem Bakat Badminton KBS

Badminton Unlimited 2016 | Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Negaraku...berkumandang di bumi Mesir selepas Ridzwan Rahmat/Misbun Shawal muncul juara

Youtube

Instagram

Twitter

23 Mei 2010

Penganjuran Kem Badminton bertepatan dengan konsep 1Malaysia

Ab Karim, Roslan dan Misbun bersama-sama para peserta Kem Badminton melaungkan kata-kata semangat 1Malaysia.

Urusetia Kem Badminton bergambar kenangan dengan Ab Karim dan jurulatih Nusa Mahsuri.

Sebahagian peserta yang menghadiri majlis penutupan Kem Badminton Zon Selatan tengahari tadi.


USAHA-USAHA penganjuran program seperti Kem Badminton perlu dipertingkatkan lagi sejajar dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang aktif, sihat dan cergas. Malah manfaat hasil daripada program ini amat besar kepada pembangunan negara.

Program ini juga dilihat amat bertepatan dengan saranan Perdana Menteri yang mahukan seluruh rakyat untuk sama-sama melakukan transformasi termasuk sukan negara dengan semangat 1Malaysia ' Rakyat Didahuluikan, Pencapaian Diutamakan'.

Demikian tegasan Pengerusi Jawatankuasa Negeri Kebajikan, Perpaduan, Belia dan Sukan Negeri Melaka, Datuk Kapt (B) Haji Ab Karim Haji Sulaiman ketika berucap di majlis penutup perasmian Kem Badminton KBS-Nusa Mahsuri 2010 peringkat Zon Selatan tengahari tadi.

Selain itu katanya,aktiviti sukan juga penting ke arah pembinaan bangsa mewujudkan perpaduan nasional dan seterusnya memupuk nilai-nilai cintaikan negara.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Bidara menggesa golongan ibu-bapa serta keluarga menyokong pembabitan anak-anak masing-masing untuk digilap menjadi atlet berpotensi demi masa depan sukan negara.

"Masyarakat yang sihat,aktif, cergas dan hidup dengan pelbagai latar sosio budaya dan etnik merupakan satu aset yang tidak ternilai harganya terutama dalam era pembangunan pesat dan mempersiapkan bangsa Malaysia ke arah zaman alaf baru.

"Adalah menjadi hasrat dan harapan kerajaan agar program-program sukan seumpama ini kerap dianjurkan untuk mewujudkan nilai-nilai murni, bekerjasama, saling hormat menghormati dan bersikap tolenrasi antara satu sama lain untuk mewujudkan rasa kecintaan mendalam terhadap negara dan memupuk nilai-nilai perpaduan nasional, "ujarnya lagi.

Pada majlis itu, Ab Karim turut menyampaikan sijil-sijil penyertaan kepada 65 peserta yang mengambil bahagian selama tiga hari bermula Jumaat lalu. Mereka terdiri daripada bakat muda berusia dari 9 - 12 tahun yang datangnya dari sekitar negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.

Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Encik Roslan Haji Hussin, Ketua Jurulatih Kem Badminton KBS-Nusa Mahsuri, Datuk Haji Misbun Dato' Haji Sidek yang juga jurulatih perseorangan badminton negara.

Ab Karim sedang menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seorang peserta.

Para peserta kem badminton Zon Selatan sedang melaungkan slogan 1Malaysia bersama Misbun.

Para peserta khusyuk mendengar amanat disampaikan Misbun pada hari terakhir.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails