Blog rasmi Kem Bakat Badminton KBS

Badminton Unlimited 2016 | Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Negaraku...berkumandang di bumi Mesir selepas Ridzwan Rahmat/Misbun Shawal muncul juara

Youtube

Instagram

Twitter

16 April 2010

65 peserta Lembah Klang sertai Kem Badminton KBS-Nusa Mahsuri Zon Tengah


SERAMAI 65 bakat muda dari seluruh Lembah Klang telah terpilih mengambil bahagian dalam Kem Badminton KBS-Nusa Mahsuri 2010 peringkat Zon Tengah yang bermula petang tadi, demikian tegas Penolong Pegawai Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur, Nurul Ain Muhammad Rafiai.
"Sepanjang program ini diumumkan kepada awam, sambutan diterima cukup memberangsangkan. Ada dikalangan bakat baru tidak putus-putus menghubungi urusetia untuk mendaftar pada saat-saat akhir. Bagaimanapun, pihak kami terpaksa menolak dengan baik dengan alasan masa pendaftaran telah tamat dan kuota penyertaan sudah mencukupi.
Pada sesi pendaftaran, kelihatan ramai bakat-bakat baru berusia 9 -12 tahun telah datang mendaftarkan diri sambil ditemani ibu-bapa dan guru masing-masing.
Selepas selesai urusan pendaftaran, para peserta kemudiannya telah diberi taklimat khas berhubung jadual program yang disampaikan jurulatih Nusa Mahsuri BC, Zulfari Abdullah. Turut hadir di majlis itu ialah Wakil Bahagian Sukan KBS, Shamsul Anuar, Bendahari Nusa Mahsuri BC, Ab Rahim Bakar dan pemain Nusa Mahsuri BC, Ridzwan Rahmat.
Zulfari sedang menyampaikan taklimat khas kepada peserta Kem Badminton. Kelihatan sama, Ridzwan Rahmat.

Para peserta Kem Badminton khusyuk mendengar taklimat berhubung jadual program Kem Bakat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails