Badminton Unlimited 2016 | Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Sukan Sea Kuala Lumpur 2017

Blog rasmi Kem Bakat Badminton KBS

Sabah dinobat juara Kejohanan Kem Bakat Badminton KBS 2016

Sabah dinobat juara Kejohanan Kem Bakat Badminton KBS 2016

Negaraku...berkumandang di bumi Mesir selepas Ridzwan Rahmat/Misbun Shawal muncul juara

Youtube

Instagram

Twitter

31 Disember 2009

Selangor pertahan kejuaraan antara negeri

MENJELANG sambutan Tahun Baru 2010, skuad badminton Selangor mencipta kejayaan gemilang apabila berjaya mempertahankan kejuaraan berpasukan antara negeri Remaja Kebangsaan selepas membenam cabaran Pulau Pinang 7-3 dalam perlawanan akhir yang diadakan pada pagi tadi.

Dari peringkat awal lagi, kejayaan mengutip mata oleh Selangor dilihat datangnya dari barisan perseorangan. Misbun Ramdan Misbun (gambar) yang diletakkan sebagai pemain pertama pasukan nyata telah menggunakan segala pengalamannya beraksi di Kejohanan Badminton Asia dan Dunia baru-baru ini untuk menewaskan Goh Giap Chin dua set terus 21-13, 21-10 dalam masa 22 minit sahaja. Kejayaan ini sekaligus menjadikan Misbun Ramdan bersih dari sebarang kekalahan.

Bagi tempat ketiga, ia telah menjadi hak mutlak pasukan Melaka selepas mencapai kemenangan tipis mengatasi Perak 6-5.

KEPUTUSAN PENUH

KEJOHANAN BERPASUKAN ANTARA NEGERI REMAJA KEBANGSAAN 2009
AKHIR

SELANGOR 7 PULAU PINANG 3
Misbun Ramdan Misbun mn Goh Giap Chin 21-13, 21-10 [22 minit]
Renuka Subramaniam kk Tee Jing Yi 4-21, 6-21 [16 minit]
Soong Joo Ven mn Teh Sheen Yale 21-10, 21-8 [20 minit]
Crysvia Lim kk Cheah Yee See 10-21, 16-21 [20 minit]
R.Sathiestharan mn Cheam June Wei 21-12, 21-15 [20 minit]
A.K. Bhirentha mn Cheah Yee Chek 21-8, 21-8 [16 minit]
Nur Haqiem Ayup/Nur Azriyn Ayup mn Yew Hong Kheng/Tan Yip Jiun 23-21, 22-20 [28 min]
Yang Li Lian/Yap Harn Xin kk Chew Huay Han 23-25, 21-12, 18-21 [40 minit]
Soo Tek Zhi/Woon Mun Chun mn Lin Ming Chuen/Teoh Khai Siang 21-18, 21-14 [25 minit]
Adlina Wahab/Jacqueline Ong Yan Jun mn Ang Ferng Ying/Joyce Choong 21-17, tarik diri
Syawal Ismail/Yap Harn Xin lwn Lim Chun Ming/Chiam Xue Qi

29 Disember 2009

Draw & Keputusan Berpasukan Antara Negeri Remaja Kebangsaan 2009

DRAW & KEPUTUSAN
KEJOHANAN BADMINTON BERPASUKAN ANTARA NEGERI REMAJA KEBANGSAAN 2009
TARIKH: 28 -31 DISEMBER 2009
VENUE: STADIUM JUARA, BUKIT KIARA, KUALA LUMPUR

Untuk mengetahui draw perlawanan dan setiap keputusan mengenai kejohanan ini, sila klik disini

Pasukan Bertanding di Kejohanan Berpasukan Antara Negeri 2009

SENARAI PASUKAN BERTANDING
KEJOHANAN BADMINTON BERPASUKAN ANTARA NEGERI REMAJA KEBANGSAAN 2009
TARIKH: 28 -31 DISEMBER 2009
VENUE: STADIUM JUARA, BUKIT KIARA, KUALA LUMPUR

KUMPULAN A
Selangor
Negeri Sembilan
Pahang

KUMPULAN B
Kuala Lumpur
Perak
Perlis

KUMPULAN C
Johor
Melaka
Sabah
Terengganu

KUMPULAN D
Kedah
Pulau Pinang
Sarawak
Kelantan

27 Disember 2009

Sesi Hari Keempat Kem Little Champs

KEM LITTLE CHAMPS 2009
ANJURAN: KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN, INSTITUT SUKAN NEGARA & NUSA MAHSURI
TARIKH: 27 DISEMBER 2009
SESI: HARI KEEMPAT
MASA: 10.30 PAGI HINGGA 4.00 PETANG
VENUE: KOMPLEKS RAKAN MUDA KEMAMAN, TERENGGANU
3 vs 1...Misbun sedang menunjukkan kaedah latihan bertaraf dunia.

Salah seorang peserta perempuan sedang menerima latihan kawalan gelanggang daripada Misbun.

Norazman (tengah) salah seorang jurulatih Nusa Mahsuri mengetuai kumpulannya dalam sesi perlawanan simulasi.

Seorang peserta Kem Little Champs bersiap sedia untuk memasuki gelanggang sambil diawasi Misbun Shawal.

Perlawanan antara kumpulan...curi tumpuan.

Sebahagian peserta sedang menanti penuh debaran untuk turun beraksi dalam perlawanan simulasi.

Zulfari sedang memberi tips kepada peserta dari Kuala Lumpur bagi menumpaskan lawannya yang dibimbing Misbun Shawal.

Misbun begitu sibuk semasa mengadili perlawanan simulasi.

Akibat kekalahan, kumpulan diketuai Zulfari terpaksa menerima hukuman daripada barisan kumpulan yang menang.

62 orang peserta badminton Kem Little Champs sedang menerima amanat daripada Misbun sebelum program berakhir.

Wakil Bahagian Pembangunan Sukan KBS, Shamsul Anuar (berbaju hitam) sempat merakamkan terima kasih diatas komitmen ditunjukkan barisan jurulatih Nusa Mahsuri sambil diapit Misbun.

Para peserta tidak melepaskan peluang mendapatkan otograf daripada Misbun.

26 Disember 2009

Sesi Hari Ketiga Kem Little Champs

KEM LITTLE CHAMPS 2009
ANJURAN: KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN, INSTITUT SUKAN NEGARA & NUSA MAHSURI
TARIKH: 26 DISEMBER 2009
SESI: HARI KETIGA
MASA: 10.30 PAGI HINGGA 4.00 PETANG
VENUE: KOMPLEKS RAKAN MUDA KEMAMAN, TERENGGANU
Misbun sedang memperkatakan sesuatu kepada Roslin sebelum memulakan perlawanan antara peserta.

Misbun sedang memberi tunjuk ajar kepada para peserta sambil dibantu pemain Nusa Mahsuri.

Perlawanan antara peserta menjadi sebahagian aktiviti pada sesi hari ketiga.

Roslin sedang memberi penerangan kepada peserta yang berada dibawah kelolaannya.

Entah apa yang diperkatakan Zulfari hingga mencuit hati empat peserta kem.

Misbun sedang membimbing seorang peserta ketika latihan pukulan lob.

Seorang peserta lelaki sempat meluangkan masa merakam gambar suasana Kem Little Champs sambil diperhati oleh tiga rakan lain.

Misbun sedang mengarahkan para peserta beratur mengikut kumpulan sebelum memulakan latihan seterusnya.

Misbun bersama para peserta latihan badminton Kem Little Champs.

Para peserta bersalaman dengan barisan jurulatih Nusa Mahsuri sebaik sahaja berakhir latihan.

25 Disember 2009

Sesi Badminton Kem Little Champs bermula

KEM LITTLE CHAMPS 2009
ANJURAN: KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN, INSTITUT SUKAN NEGARA & NUSA MAHSURI
TARIKH: 25 DISEMBER 2009
SESI: HARI KEDUA
MASA: 2.30 PETANG HINGGA 6.00 PETANG
VENUE: KOMPLEKS RAKAN MUDA KEMAMAN, TERENGGANU


Sebahagian peserta kelihatan khusyuk menerima tunjuk ajar daripada Misbun.

Seorang peserta perempuan tekun melakukan pukulan servis yang diajar Misbun.

Seorang peserta bersiap sedia untuk menerima pukulan smash dari barisan jurulatih Nusa
Mahsuri semasa Misbun mengendalikan latihan pada hari kedua.

Misbun bersiap sedia memegang bola bagi memulakan latihan sesi pertama acara badminton.

Sebahagian peserta memerhati dengan teliti tunjuk ajar diberikan oleh Misbun.

Zulfari sedang membimbing seorang peserta ketika sesi latihan badminton.

Misbun sedang menyerahkan bulutangkis kepada para peserta ketika sesi shuttle drills.

Roslin (kiri) turut tidak ketinggalan menyertai delegasi Nusa Mahsuri membimbing peserta
Kem Little Champs sambil diapit Shahrizal.
Kelihatan para pegawai JBS Daerah Kemaman turut hadir menyaksikan latihan kendalian Misbun.



Kem Little Champs 2009: Sesi Hari Pertama

KEM LITTLE CHAMPS 2009
ANJURAN: KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN, INSTITUT SUKAN NEGARA & NUSA MAHSURI
TARIKH: 24 DISEMBER 2009
SESI: HARI PERTAMA
VENUE: KOMPLEKS RAKAN MUDA KEMAMAN, TERENGGANU

Pintu masuk ke Kompleks Rakan Muda Kemaman yang menjadi venue Kem Little Champs 2009.

Banner Kem Little Champs yang dipamer didepan Kompleks Rakan Muda Kemaman.

Kelihatan sebahagian peserta yang ditemani ibu-bapa sedang melakukan pendaftaran di depan urusetia Kem Little Champs.

22 Disember 2009

30 peserta terpilih ikuti Kem Little Champs Khamis ini

SERAMAI 30 peserta telah terpilih mengikuti Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri Peringkat Kebangsaan bersempena Program Kem Little Champs anjuran Institut Sukan Negara (ISN) yang akan diadakan di Kompleks Rakan Muda Kemaman, Terengganu mulai Khamis ini.

Program selama empat hari ini merupakan kesinambungan daripada program yang telah dijalankan oleh KBS menerusi agensinya, Jabatan Belia dan Sukan Negara dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri di 6 zon meliputi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia sejak Ogos lalu.

Pada kali ini, para peserta bukan sahaja akan menerima latihan lanjutan sukan badminton oleh barisan jurulatih berpengalaman malah akan didedahkan dengan pelbagai bentuk latihan dan asas sebagai seorang juara oleh instruktur dari ISN.

Antara aktiviti yang akan diterap dikalangan peserta kem ialah amalan sains sukan seperti pemakanan, perubatan asas, asas regangan dan psikologi.

Selain badminton, beberapa acara sukan yang akan turut mengambil bahagian ialah memanah, hoki dan bolasepak.

Majlis perasmian Kem Little Champs ini akan dilakukan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Dato' Ahmad Shabery Cheek yang juga Ahli Parlimen Kemaman pada 8.30 malam; 26 Disember 2009.

Pintu masuk...inilah dewan Kompleks Rakan Muda Kemaman yang akan menjadi gelanggang kem bakat badminton selama empat hari.

Untuk komen/pendapat berhubung artikel diatas, sila sign disini

17 Disember 2009

Keputusan Penuh Akhir Badminton Individu Sukan SEA 2009


KEPUTUSAN PENUH
BADMINTON INDIVIDU SUKAN SEA 2009
TARIKH: 17 DISEMBER 2009
VENUE: GIMNASIUM 1, KOMPLEKS SUKAN KEBANGSAAN
AKHIR

BERGU CAMPURAN
*1 Nova Widianto/Lilyana Natsir (Ina)
mn
*2 Songphon Anugkritayawon/Kunchala Voravichitchaikul (Tha)
21-10, 20-22, 21-9 [54 minit]

PERSEORANGAN WANITA
*1 Salakjit Ponsana (Tha)
mn
Ratchanok Intanon (Tha)
21-14, 18-21, 21-10 [50 minit]

PERSEORANGAN LELAKI
Simon Santoso
mn
Sony Dwi Kuncoro (Ina)
21-16, 21-12 [45 minit]

BERGU WANITA
*1 Wong Pei Tty/Chin Eei Hui (Mas)
mn
Shinta Mulia Sari/Yao Lie (Sin)
21-12, 21-11 [33 minit]

BERGU LELAKI
*2 Koo Kien Keat/Tan Boon Heong (Mas)
kk
*1 Markis Kido/Hendra Setiawan (Ina)
17-21, 17-21 [32 minit]

16 Disember 2009

Keputusan Penuh Separuh Akhir Badminton Individu Sukan SEA 2009

KEPUTUSAN PENUH
BADMINTON INDIVIDU SUKAN SEA 2009
TARIKH: 16 DISEMBER 2009
VENUE: GIMNASIUM 1, KOMPLEKS SUKAN KEBANGSAAN
SEPARUH AKHIR

BERGU CAMPURAN
Koo Kien Keat/Wong Pei Tty (Mas) kk *1 Nova Widianto/Lilyana Natsir (Ina)
15-21, 15-21 [30 minit]
Chan Peng Soon/Goh Liu Ying (Mas) kk *2 Songphon Anugkritayawon/Kunchala Voravichitchaikul (Tha)
18-21, 13-21 [34 minit]

PERSEORANGAN WANITA
Wong Mew Choo (Mas) kk*1 Salakjit Ponsana (Tha)
18-21, 14-21 [41 minit]
Lydia Cheah (Mas) kk Ratchanok Intanon (Tha)
15-21, 21-23 [38 minit]

PERSEORANGAN LELAKI
Simon Santoso (Ina) mn Nguyen Hoang Hai (Vie)
21-7, 21-14 [24 minit]
Sony Dwi Kuncoro (Ina) mn Tanongsak Saensomboonsuk (Tha)
21-10, 18-21, 21-17 [69 minit]

BERGU WANITA
*1 Wong Pei Tty/Chin Eei Hui (Mas) mn Meiliana Jauhari/Shendy Puspa Irawati (Ina)
21-12, 21-15 [35 minit]
Shinta Mulia Sari/Yao Lie (Sin) mn Savitree Amitrapai/Vacharaporn Munkit (Tha) lwn Shinta Mulia Sari/Yao Lie (Sin)
22-20, 12-21, 21-19 [70 minit]

BERGU LELAKI
Mohd Fairuzizuan/Mohd Zakry Latif (Mas) kk *1 Markis Kido/Hendra Setiawan (Ina)
25-27, 21-15, 16-21 [50 minit]
*2 Koo Kien Keat/Tan Boon Heong (Mas) mn Bona Septano/Mohamad Ahsan (Ina)
21-16, 21-10 [30 minit]

15 Disember 2009

Keputusan Penuh Suku Akhir Badminton Individu Sukan SEA 2009

KEPUTUSAN PENUH
(Melibatkan aksi pemain Malaysia sahaja)
BADMINTON INDIVIDU SUKAN SEA 2009
TARIKH: 15 DISEMBER 2009
VENUE: GIMNASIUM 1, KOMPLEKS SUKAN KEBANGSAAN
SUKU AKHIR

BERGU CAMPURAN
Koo Kien Keat/Wong Pei Tty mn Sudket Prapakamol/Saralee Thoungthongkam (Tha)
19-21, 21-12, 21-18 [56 minit]
Chan Peng Soon/Goh Liu Ying mn Devin Lahardi Fitriawan/Lita Nurlita (Ina)
21-19, 16-21, 21-14 [60 minit]

PERSEORANGAN WANITA
Wong Mew Choo mn Maria Kristin Yulianti (Ina)
21-13, 21-12 [35 minit]
Lydia Cheah mn Zhang Biewen (Sin)
21-19, 21-18 [20 minit]

BERGU WANITA
*1 Wong Pei Tty/Chin Eei Hui mn Liu Fan Frances/Vanessa Neo (Sin)
21-11, 23-21 [35 minit]
Chong Sook Chin/Woon Khe Wei kk Shinta Mulia Sari/Yao Lie (Sin)
19-21, 21-17, 17-21 [53 minit]

BERGU LELAKI
Mohd Fairuzizuan Tazari/Mohd Zakry Latif mn Tang Yew Loong Jonathan/Yew Zhao Jiang Terry (Sin)
21-12, 19-21, 21-13 [40 minit]
Koo Kien Keat/Tan Boon Heong mn Hendra Wijaya/Wong Hao Cong Jeffrey (Sin)
21-19, 21-6 [21 minit]

14 Disember 2009

Keputusan Penuh Pusingan Pertama Badminton Individu Sukan SEA 2009


KEPUTUSAN PENUH (Melibatkan aksi pemain Malaysia sahaja)
BADMINTON INDIVIDU SUKAN SEA 2009
TARIKH: 14 DISEMBER 2009
VENUE: GIMNASIUM 1, KOMPLEKS SUKAN KEBANGSAAN
PUSINGAN PERTAMA

BERGU CAMPURAN
Koo Kien Keat/Wong Pei Tty mn Jeffrey Wong/Fu Mingtian (Sin)
21-17, 21-10 [26 minit]
Chan Peng Soon/Goh Liu Ying mn Duang Bao Duc/Thai Thi Hong Gam (Vie)
21-15, 21-11 [22 minit]

PERSEORANGAN WANITA
Lydia Cheah mn Le Nguyen Nhung (Vie)
14-21, 21-12, 21-12 [43 minit]

PERSEORANGAN LELAKI
Liew Daren kk Nguyen Hoang Hai (Vie)
9-21, 15-21 [30 minit]
Muhammad Hafiz Hashim kk Sony Dwi Kuncoro (Ina)
12-21, 21-19, 14-21 [54 minit]

BERGU WANITA
Chong Sook Chin/Woon Khe Wei mn Khonesanith/Manivone (Tha)
21-8, 21-11 [18 minit]

BERGU LELAKI
Mohd Fairuzizuan Tazari/Mohd Zakry Latif mn Bui Bang Duc/Dao Manh Thang (Vie)
21-15, 18-21, 21-10 [35 minit]
Koo Kien Keat/Tan Boon Heong mn Bodin Isara/Maneepong Jongjit (Tha)
14-21, 21-12, 23-21 [45 minit]

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails