Badminton Unlimited 2016 | Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Blog rasmi Kem Bakat Badminton KBS

Negaraku...berkumandang di bumi Mesir selepas Ridzwan Rahmat/Misbun Shawal muncul juara

Youtube

Instagram

Twitter

23 November 2009

Keputusan Penuh Akhir Cabaran Antarabangsa Malaysia 2009

KEPUTUSAN PENUH
KEJOHANAN BADMINTON CABARAN ANTARABANGSA MALAYSIA PROTON 2009
TARIKH: 22 NOVEMBER 2009
VENUE: STADIUM INDERA MULIA, IPOH, PERAK
AKHIR

BERGU CAMPURAN
Tan Wee Kiong/Woon Khe Wei (Mas) mn Mak Hee Chun/Ng Hui Lin (Mas)
21-6, 13-21, 21-17 [43 minit]

PERSEORANGAN WANITA
*8 Sapsiree Taerattanachai (Tha) mn *7 Ratchanok Intanon (Tha)
21-11, 19-21, 22-20 [61 minit]

PERSEORANGAN LELAKI
*1 Chong Wei Feng (Mas) mn *5 Chan Kwong Beng (Mas)
21-17, 21-14 [36 minit]

BERGU WANITA
*1 Woon Khe Wei/Chong Sook Chin (Mas) kk Rie Eto/Yu Wakita (Jpn)
18-21, 11-21 [36 minit]

BERGU LELAKI
*2 Lim Khim Wah/Chan Peng Soon (Mas) mn *6 Bodin Isara/Maneepong Jongjit (Tha)
22-20, 28-26 [44 minit]

Keputusan Penuh Akhir SS Terbuka China 2009

KEPUTUSAN PENUH
KEJOHANAN BADMINTON SUPER SERIES TERBUKA CHINA LI-NING 2009
TARIKH: 22 NOVEMBER 2009
VENUE: PUSAT SUKAN YUSHUAN, SHANGHAI, CHINA
AKHIR

BERGU CAMPURAN
*1 Lee Yong Dae/Lee Hyo Jung (Kor) mn *2 Zheng Bo/Ma Jin (Chn)
21-18, 15-21, 21-15 [76 minit]

PERSEORANGAN LELAKI
*2 Lin Dan (Chn) mn Jan Jorgensen (Den)
21-12, 21-12 [37 minit]

BERGU WANITA
*6 Tian Qing/Zhang Yawen (Chn) mn *2 Du Jing/Yu Yang (Chn)
21-14, 21-14 [53 minit]

PERSEORANGAN WANITA
*6 Jiang Yanjiao (Chn) mn Wang Xin (Chn)
21-19, 22-20 [40 minit]

BERGU LELAKI
*1 Koo Kien Keat/Tan Boon Heong (Mas) kk *2 Jung Jae Sung/Lee Yong Dae (Kor)
13-21, 21-19, 18-21 [76 minit]

22 November 2009

Majlis Penutup Kem Bakat KBS/Nusa Mahsuri Zon 3

Seramai 57 peserta bergambar kenangan dengan Penolong Pengarah Bahagian Sukan JBS Perlis, Puan Siti Hasmah Hassan
dan barisan jurulatih Nusa Mahsuri.


Puan Siti Hasmah sedang menyampaikan sijil penghargaan kepada jurulatih Nusa Mahsuri, Zulfari.

Salah seorang peserta kem bakat sedang menerima sijil penyertaan latihan daripada Rahman Sidek sambil
diperhati Puan Siti Hasmah.

Barisan pemain Nusa Mahsuri kelihatan gembira sebaik sahaja selesai menunaikan tanggungjawab membimbing
para peserta kem bakat selama 3 hari.

Misbun Ramdan menjadi tumpuan para peserta ketika sesi otograf.

Para peserta tidak ketinggalan berpeluang beramah mesra dan menandatangani otograf daripada Roslin.

Kem Bakat Zon 3: Foto menarik sesi pagi hari ketiga

Kelihatan Daphne Ng mengetuai peserta Kem Bakat menjalani latihan warming.

Misbun Ramdan mengetuai para peserta melakukan jogging.

Para peserta begitu tekun mengikuti latihan kendalian Zulfari.

Bersemangat...para peserta dibawah bimbingan Ridzwan tekun menjalani latihan pagi ini.

"Pastikan adik berada di posisi betul dan jangan cepat mengalah ye," mungkin itu seloroh Zulfari ketika menjawab soalan dikemukakan salah seorang peserta.

"Laju lagi dik...lepas ni abang belanja minum ok.." mungkin itulah agaknya diperkatakan Shahrizal.
Roslin sedang melakukan pukulan smash semasa mengendalikan sesi tunjukajar kepada peserta kem bakat.

21 November 2009

Kem Bakat Zon 3: Malam Motivasi

KEM BAKAT BADMINTON KBS/NUSA MAHSURI
SESI/TARIKH: MALAM MOTIVASI [21 November 2009]
VENUE: KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN JBS PERLIS, KANGAR"Kalau adik-adik ingin terus maju ke depan dalam arena badminton, kepala adik-adik kena keras dan tidak boleh abaikan latihan," ujar Rahman.

Rahman memberi tips penting kepada para peserta kem bakat semasa sesi motivasi.

Kelihatan para peserta kem yang hadir memenuhi dewan kompleks JBS Perlis bagi mendengar pengalaman dikalangan jurulatih dan pemain NMBC.

Misbun Ramdan turut tidak ketinggalan menceritakan liku perjalan hidupnya sebagai pemain badminton.

Keputusan Penuh Separuh Akhir SS Terbuka China 2009


KEPUTUSAN PENUH
KEJOHANAN BADMINTON SUPER SERIES TERBUKA CHINA LI-NING 2009
TARIKH: 21 NOVEMBER 2009
VENUE: PUSAT SUKAN YUSHUAN, SHANGHAI, CHINA
SEPARUH AKHIR

BERGU CAMPURAN
*1 Lee Yong Dae/Lee Hyo Jung (Kor) mn *7 Songphon Anugritayawon/Kunchala Voravichitchaikul (Tha)
21-13, 20-22, 21-15 [47 minit]
*2 Zheng Bo/Ma Jin (Chn) mn Zhang Nan/Zhao Yunlei (Chn)
- tarik diri

PERSEORANGAN WANITA
*6 Jiang Yanjiao (Chn) mn Wang Shixian (Chn)
21-17, 21-14 [47 minit]
Wang Xin (Chn) mn Li Xuerui (Chn)
21-19, 21-19 [34 minit]

PERSEORANGAN LELAKI
Jan Jorgensen (Den) mn *4 Chen Jin (Chn)
11-21, 21-18, 22-20 [68 minit]
*2 Lin Dan (Chn) mn *6 Park Sung Hwan (Kor)
21-10, 21-11 [37 minit]

BERGU WANITA
*3 Wong Pei Tty/Chin Eei Hui (Mas) kk *6 Tian Qing/Zhang Yawen (Chn)
17-21, 8-21 [39 minit]
*2 Du Jing/Yu Yang (Chn) mn *4 Ma Jin/Wang Xiaoli (Chn)
22-20, 21-18 [56 minit]

BERGU LELAKI
*1 Koo Kien Keat/Tan Boon Heong (Mas) mn Chen Hong Ling/Lin Yu Lang (Tpe)
21-15, 21-13 [26 minit]
*2 Jung Jae Sung/Lee Yong Dae (Kor) mn *4 Mathias Boe/Carsten Mogensen (Den)
21-16, 19-21, 23-21 [69 minit]

Keputusan Penuh Separuh Akhir Cabaran Antarabangsa Malaysia 2009

KEPUTUSAN PENUH
KEJOHANAN BADMINTON CABARAN ANTARABANGSA MALAYSIA PROTON 2009
TARIKH: 21 NOVEMBER 2009
VENUE: STADIUM INDERA MULIA, IPOH, PERAK
SEPARUH AKHIR

BERGU CAMPURAN
Mak Hee Chun/Ng Hui Lin (Mas) mn *1 Chan Peng Soon/Goh Liu Ying (Mas)
24-26, 21-14, 21-14 [49 minit]
Tan Wee Kiong/Woon Khe Wei (Mas) mn *3 Lutfi Zaim Khalid/Lim Yin Loo (Mas)
21-14, 21-15 [30 minit]

PERSEORANGAN WANITA
*8 Sapsiree Taerattanachai (Tha) mn *6 Chan Tsz Ka (Hkg)
21-6, 13-21, 21-15 [50 minit]
*7 Ratchanok Intanon (Tha) lwn Nitchaon Jindapol (Tha)
22-20, 14-21, 21-16 [46 minit]

PERSEORANGAN LELAKI
*1 Chong Wei Feng (Mas) mn *8 Suppanyu Avihingsanon (Tha)
21-15, 21-12 [31 minit]
*5 Chan Kwong Beng (Mas) mn *2 Tan Chun Seang (Mas)
21-17, 14-21, 21-16 [59 minit]

BERGU WANITA
*1 Woon Khe Wei/Chong Sook Chin (Mas) mn Chiang Kai Hsin/Hsieh Pei Chen (Tpe)
22-24, 21-17, 21-18 [71 minit]
Rie Eto/Yu Wakita (Jpn) mn *3 Ng Marylen Paou Leng/Lim Yin Loo (Mas)
22-20, 21-12 [43 minit]

BERGU LELAKI
*6 Bodin Isara/Maneepong Jongjit (Tha) mn *1 Mak Hee Chun/Tan Wee Kiong (Mas)
21-18, 14-21, 21-13 [46 minit]
*2 Lim Khim Wah/Chan Peng Soon mn Wu Chun Wei/Liao Min Chun (Tpe)
21-17, 21-16 [31 minit]

Kem Bakat Zon 3: Foto menarik sesi petang hari kedua

KEM BAKAT BADMINTON KBS-NUSA MAHSURI 2009
SESI/TARIKH: PETANG [21 NOVEMBER 2009]
VENUE: DEWAN BADMINTON AULIA DIMAN, KANGAR

56 peserta terima sentuhan Roslin


PADA pagi ini, Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri peringkat zon 3 yang melibatkan negeri Perlis dan Kedah telah berlangsung di Dewan Badminton Aulia Diman, bersebelahan Institut Latihan Perindustrian Kangar.

Ia dihadiri seramai 56 peserta yang terdiri daripada para pelajar berusia 14 tahun kebawah.

Program yang bermula dari jam 6.30 pagi itu dikendalikan buat pertama kali oleh bekas pemain kebangsaan, Haji Muhammad Roslin Hashim yang kini baru sahaja melebarkan skop karier baru sebagai jurulatih sambil dibantu barisan jurulatih dan para pemain kelab. Bagaimanapun, kem selama tiga hari ini dipantau oleh Ketua Jurulatih NMBC, Haji Abdul Rahman Dato' Sidek dan jawatankuasa urusetia Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis diketuai Encik Hafiz.

Berikut foto-foto menarik disiarkan untuk paparan umum.

Roslin sedang memperkenalkan barisan jurulatih dan pemain NMBC.

Ridzwan, pemain NMBC mengetuai peserta dalam acara warming.

Para peserta khusyuk dengan latihan dikendalikan Rahman Sidek.

Salah seorang peserta membalas pukulan hasil hantaran servis Rahman.

Zulfari sedang menerangkan sesuatu dengan penuh terperinci kepada dua peserta Kem Bakat.

Sebahagian para peserta yang mengambil bahagian dalam program Kem Bakat.
Roslin sedang memberi mesej kepada para peserta sebelum sesi pagi berakhir.

20 November 2009

Keputusan Penuh Suku Akhir Cabaran Antarabangsa Malaysia 2009

KEPUTUSAN PENUH
KEJOHANAN BADMINTON CABARAN ANTARABANGSA MALAYSIA PROTON 2009
TARIKH: 20 NOVEMBER 2009
VENUE: STADIUM INDERA MULIA, IPOH, PERAK
SUKU AKHIR

BERGU CAMPURAN
*1 Chan Peng Soon/Goh Liu Ying (Mas) mn Leung Chun Yiu/Poon Lok Yan (Tpe)
21-15, 21-13 [20 minit]
Mak Hee Chun/Ng Hui Lin (Mas) mn Lu Hsin Hao/Chiang Kai Hsin (Tpe)
21-5, 21-18 [20 minit]
*3 Lutfi Zaim Khalid/Lim Yin Loo (Mas) mn Cheah Liek Hou/Lim Siew Ching (Mas)
21-6, 21-17 [23 minit]
Tan Wee Kiong/Woon Khe Wei (Mas) mn Lo Lok Kei/Chan Hung Yung (Tpe)
21-14, 21-12 [24 minit]

PERSEORANGAN WANITA
*6 Chan Tsz Ka (Hkg) mn Yu Wakita (Jpn)
18-21, 21-18, 21-11 [50 minit]
*8 Sapsiree Taerattanachai (Tha) mn *4 Chen Hsiao Huan (Tpe)
21-18, 21-15 [27 minit]
Nitchaon Jindapol (Tha) mn Chiang Pei Hsin (Tpe)
20-22, 22-20, 21-17 [48 minit]
*2 Sannatasah Saniru (Mas) kk *7 Ratchanok Intanon (Tha)
13-21, 15-21 [27 minit]

PERSEORANGAN LELAKI
*1 Chong Wei Feng (Mas) mn *7 Chan Yun Lung (Tpe)
21-14, 21-12 [27 minit]
*4 Liew Daren (Mas) kk *8 Suppanyu Avihingsanon (Tha)
21-9, 16-21, 19-21 [57 minit]
*5 Chan Kwong Beng (Mas) mn Feng Sheng Jie (Tpe)
21-15, 21-11 [24 minit]
*2 Tan Chun Seang (Mas) mn *6 Mohamad Arif Latif (Mas)
21-16, 12-21, 21-16 [58 minit]

BERGU WANITA
*1 Woon Khe Wei/Chong Sook Chin (Mas) mn Tee Jing Yi/Saniru Sannatasah (Mas)
21-19, 21-14 [33 minit]
Chiang Kai Hsin/Hsieh Pei Chen (Tpe) mn *4 Rodjana Chutthabunditkul/Sapsiree Taerattanachai (Tha)
21-12, 21-14 [24 minit]
*3 Ng Marylen Paou Leng/Lim Yin Loo (Mas) mn Chan Hung Lung/Poon Lok Yan (Hkg)
21-17, 19-21, 21-18 [59 minit]
*2 Ng Hui Lin/Goh Liu Ying (Mas) kk Rie Eto/Yu Wakita (Jpn)
13-21, 19-21 [37 minit]

BERGU LELAKI
*1 Mak Chen Chun/Tan Wee Kiong (Mas) mn *8 Duong Bao Duc/Pham Cao Hieu (Vie)
21-17, 21-12 [23 minit]
*3 Ong Soon Hock/Hoon Thien How (Mas) kk *6 Bodin Isara/Maneepong Jongjit (Tha)
14-21, 21-19, 16-21 [47 minit]
*5 Hong Chien Chun/Chow Pak Chuu (Mas) kk Wu Chun Wei/Liao Min Chun (Tpe)
15-21, 21-15, 12-21 [39 minit]
*2 Lim Khim Wah/Chan Peng Soon (Mas) mn Ong Jian Guo/Razif Abdul Latif (Mas)
19-21, 21-14, 21-18 [55 minit]

Keputusan Penuh Suku Akhir SS Terbuka China 2009


KEPUTUSAN PENUH
KEJOHANAN BADMINTON SUPER SERIES TERBUKA CHINA LI-NING 2009
TARIKH: 20 NOVEMBER 2009
VENUE: PUSAT SUKAN YUSHUAN, SHANGHAI, CHINA
SUKU AKHIR

BERGU CAMPURAN
*1 Lee Yong Dae/Lee Hyo Jung (Kor) mn Tao Jiaming/Tian Qing (Chn)
21-18, 21-15 [42 minit}
*7 Songphon Anugritayawon/Kunchala Voravichitchaikul (Tha) mn Chen Hong Ling/Chou Chia Chi (Tpe)
11-21, 21-17, 21-16 [40 minit]
Zhang Nan/Zhao Yunlei (Chn) mn Devin Lahardi/Lilyana Natsir (Ina)
21-14, 14-21, 21-14 [58 minit]
*2 Zheng Bo/Ma Jin mn Lee Sheng Mu/Chien Yu Chin (Tpe)
21-12, 21-16 [31 minit]

PERSEORANGAN WANITA
Wong Mew Choo (Mas) kk Wang Shixian (Chn)
10-21, 22-24 [45 minit]
*6 Jiang Yanjiao (Chn) mn Shi Xiaoqian (Chn)
21-11, 21-13 [34 minit]
Li Xuerui (Chn) mn Lu Lan (Chn)
21-17, 21-19 [36 minit]
Wang Xin (Chn) mn Xia Jingyun (Chn)
21-12, 21-18 [38 minit]

PERSEORANGAN LELAKI
Jan Jorgensen (Den) mn Boonsak Ponsana (Tha)
21-11, 21-19 [36 minit]
*4 Chen Jin (Chn) mn *8 Sony Dwi Kuncoro (Ina)
21-16, 15-21, 21-12 [64 minit]
*6 Park Sung Hwan (Kor) mn Du Pengyu (Chn)
23-21, 18-21, 21-14 [65 minit]
*2 Lin Dan (Chn) mn *7 Simon Santoso (Ina)
21-12, 21-12 [37 minit]

BERGU WANITA
*6 Tian Qing/Zhang Yawen (Chn) mn *1 Cheng Shu/Zhao Yunlei (Chn)
21-17, 21-9 [40 minit]
*3 Wong Pei Tty/Chin Eei Hui (Mas) mn *8 Chien Yu Chin/Wang Pei Rong (Tpe)
21-16, 21-17 [31 minit]
*4 Ma Jin/Wang Xiaoli (Chn) mn *5 Ha Jung Eun/Lee Kyung Won (Kor)
21-17, 21-14 [45 minit]
*2 Du Jing/Yu Yang (Chn) mn Duanganong Aroonkesorn/Kunchala
21-5, 21-9 [23 minit]

BERGU LELAKI
*1 Koo Kien Keat/Tan Boon Heong (Mas) mn Cho Gun Woo/Shin Baek Cheol (Kor)
15-21, 21-18, 21-18 [66 minit]
Chen Hong Ling/Lin Yu Lang (Tpe) mn Fang Chien Min/Lee Sheng Mu (Tpe)
15-21, 24-22, 21-17 [45 minit]
*4 Mathias Boe/Carsten Mogensen (Den) mn *8 Lars Paaske/Jonas Rasmussen (Den)
21-19, 21-15 [42 minit]
*2 Jung Jae Sung/Lee Yong Dae (Kor) mn Guo Zhendong/Xu Chen (Chn)
21-14, 21-17 [41 minit]

19 November 2009

Kangar lokasi terbaru Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri

MULAI esok, delegasi delegasi Kelab Badminton Nusa Mahsuri (NMBC) akan turun ke bandar Kangar dalam rangka program Kem Bakat Badminton bagi peringkat Zon Perlis/Kedah.

Program anjuran Kementerian Belia dan Sukan serta Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis dengan kerjasama NMBC itu antara lain bermatlamat untuk memberi tunjukajar latihan dengan sistem permainan yang betul disamping memupuk minat lebih mendalam dikalangan para peserta yang berusia 14 tahun kebawah.

Delegasi NMBC dijangka diketuai Ketua Jurulatih, Haji Abdul Rahman Dato' Sidek disamping jurulatih lain seperti Haji Muhammad Roslin Hashim dan Zulfari Abdullah. Program ini juga turut dibantu pemain-pemain kelab seperti Shahrizal Latip, Misbun Shawal, Misbun Ramdan, Norazman Ramli, Ridzwan Rahmat dan Daphne Ng Chiew Yen.

Draw & Keputusan Cabaran Antarabangsa Malaysia 2009

DRAW & KEPUTUSAN
KEJOHANAN BADMINTON CABARAN ANTARABANGSA MALAYSIA PROTON 2009
TARIKH: 17 - 22 NOVEMBER 2009
VENUE: STADIUM INDERA MULIA, IPOH, PERAK, MALAYSIA

Sila klik disini

Draw & Keputusan SS Terbuka China 2009


DRAW & KEPUTUSAN
KEJOHANAN BADMINTON SUPER SERIES TERBUKA CHINA LI-NING 2009
TARIKH: 17 -22 NOVEMBER 2009
VENUE: PUSAT SUKAN YUSHUAN, SHANGHAI. CHINA

Sila klik disini

18 November 2009

Zulfari cemerlang, Ramdan & Sharizal tewas mengejut

PEMAIN yang juga jurulatih Kelab Badminton Nusa Mahsuri (NMBC) Zulfari Abdullah mempamerkan prestasi cemerlang pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Cabaran Antarabangsa Malaysia yang berlangsung di Stadium Indera Mulia, Ipoh sebentar tadi.

Berdepan dengan rakan senegara, Lim Yu Sheng nyata tidak langsung menimbulkan rasa gerun buat Zulfari sebaliknya kemenangan di mata dius pada set pertama 22-20 telah membangkitkan semangatnya untuk bermain lebih agresif sekaligus memenangi perlawanan tersebut dua set terus dalam masa 33 minit sahaja.

Bagaimanapun kejayaan cemerlang itu gagal dituruti dua lagi wakil NMBC, Sharizal Latip dan Misbun Ramdan yang mengalami kekalahan mengejut dan akur dengan kehebatan permainan lawan masing-masing.

Menguasai set pertama nyata tidak memberi kelebihan kepada Shahrizal dan Ramdan. Kedua-duanya kelihatan hilang arah dan tidak mampu mengekalkan tempo permainan sebagaimana pada set pertama. Mereka tumbang pada dua set berikutnya.

KEPUTUSAN
PUSINGAN PERTAMA
PERSEORANGAN LELAKI
Zulfari Abdullah kk Lim Yu Sheng (Mas) 22-20, 21-16 [33 minit]
Shahrizal Latip kk Allan Tai (Mas) 21-14, 17-21, 16-21 [50 minit]
Misbun Ramdan kk *11 Pisit Poodchalat (Tha) 21-15, 19-21, 11-21 [46 minit]


17 November 2009

Cabaran Malaysia 2009: 4 pemain ketuai cabaran NMBC

Dari kiri, Daphne Ng dan Zulfari yang akan bergandingan dalam acara bergu campuran.

SERAMAI 4 orang pemain Kelab Badminton Nusa Mahsuri (NMBC) akan mengambil bahagian dalam Kejohanan Badminton Cabaran Antarabangsa Malaysia Proton 2009 yang akan berlangsung mulai pagi esok.

Mereka terdiri daripada semifinalis Remaja Asia, Misbun Ramdan Datuk Misbun, Sharizal Latip dan Zulfari Abdullah. Pada acara bergu campuran, Zulfari yang juga jurulatih kelab akan bergandingan dengan Daphne Ng Chiew Yen. Daphne akan turut ke gelanggang bagi acara perseorangan wanita.

Pada kejohanan ini, delegasi NMBC diiringi bekas pemain No.1 dunia, Haji Muhammad Roslin Hashim yang bertindak sebagai jurulatih.

PUSINGAN PERTAMA
(Melibatkan aksi pemain Nusa Mahsuri sahaja)
TARIKH: 18/11/2009
PERSEORANGAN LELAKI
Mohd Sharizal Latip lwn Allan Tai (Mas) - 10.30 pagi
Zulfari Abdullah lwn Lim Yu Sheng (Mas) - 11.30 pagi
Misbun Ramdan Misbun lwn *11 Pisit Poodchalat (Tha) - 12.00 tgh

BERGU CAMPURAN
Zulfari Abdullah/Daphne Ng Chiew Yen lwn Chen Chung Jen/Chiang Pei Hsin (Tpe) - 5.00 ptg

PERSEORANGAN WANITA
Daphne Ng Chiew Yen lwn Nitchaon Jindapol (Tha) -7.00 petang

16 November 2009

Pemain Pilihan Cabaran Antarabangsa Malaysia 2009

SENARAI PEMAIN PILIHAN
KEJOHANAN BADMINTON CABARAN ANTARABANGSA MALAYSIA PROTON 2009
TARIKH: 17 - 22 NOVEMBER 2009
VENUE: STADIUM INDERA MULIA, IPOH, PERAK, MALAYSIA

Untuk mengetahui senarai pemain pilihan kejohanan, sila klik disini

Pemain Pilihan SS Terbuka China 2009


SENARAI PEMAIN PILIHAN
KEJOHANAN BADMINTON SUPER SERIES TERBUKA CHINA LI-NING 2009
TARIKH: 17 -22 NOVEMBER 2009
VENUE: PUSAT SUKAN YUSHUAN, SHANGHAI. CHINA

Untuk mengetahui senarai pemain terlibat, sila klik disini

Ghani tutup Kem Bakat Zon Perak/Pulau Pinang

PROGRAM Penutup Kem Bakat Badminton Zon Perak/Pulau Pinang anjuran Kementerian Belia dan Sukan dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri telah selamat disempurnakan lewat tengahari tadi oleh Pengarah Cawangan Pembangunan dan Kemajuan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Encik Abdul Ghani Abdul Rahman.

Pada majlis tersebut beliau turut menyampaikan sijil penyertaan kepada para peserta. Turut hadir ialah Timbalan Pengarah Bahagian Sukan JBS Perak, Encik Hassan Adli dan Penasihat Nusa Mahsuri, Haji Mohd Jalani Dato' Haji Sidek.



15 November 2009

Keputusan Penuh Akhir SS Terbuka Hong Kong 2009

KEPUTUSAN PENUH
KEJOHANAN BADMINTON SUPER SERIES TERBUKA HONG KONG YONEX SUNRISE 2009
TARIKH: 15 NOVEMBER 2009
VENUE: STADIUM QUEEN ELIZABETH, WANCHAI, HONG KONG
AKHIR

PERSEORANGAN WANITA
*3 Wang Yihan (Chn) mn Jiang Yanjiao (Chn)
21-13, 21-15 [40 minit]
BERGU CAMPURAN
Robert Mateusiak/Nadiedza Kostiuczyk (Pol) mn *3 Nova Widianto/Lilyana Natsir (Ina)
22-20, 21-16 [33 minit]
PERSEORANGAN LELAKI
*1 Lee Chong Wei (Mas) mn *3 Peter Gade Hoeg (Den)
21-13, 13-21, 21-16 [59 minit]
BERGU WANITA
*4 Ma Jin/Wang Xiaoli (Chn) mn *3 Du Jing/Yu Yang (Chn)
16-21, 21-19, 21-12 [58 minit]
BERGU LELAKI
*3 Jung Jae Sung/Lee Yong Dae (Kor) mn *7 Lars Paaske/Jonas Rasmussen (Den)
3-21, 21-15, 21-8 [50 minit]

Hari Ketiga Kem Bakat Badminton Zon Perak/Pulau Pinang 2009

HARI KETIGA
KEM BAKAT BADMINTON KBS/NUSA MAHSURI 2009
PERINGKAT ZON PERAK/PULAU PINANG
TARIKH: 15/11/2009 (AHAD)
LOKASI: KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN PERAK, IPOH


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails