Badminton Unlimited 2016 | Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Blog rasmi Kem Bakat Badminton KBS

Negaraku...berkumandang di bumi Mesir selepas Ridzwan Rahmat/Misbun Shawal muncul juara

Youtube

Instagram

Twitter

30 Julai 2009

Jelajah Kem Bakat KBS-Nusa Mahsuri berada di Kuala Terengganu esok

PEMAIN berbakat besar berusia 10 - 14 tahun yang menetap di sekitar negeri Terengganu, Kelantan dan Pahang akan menerima manfaat apabila siri jelajah Kem Bakat Badminton akan berlangsung di Kompleks Jabatan Belia dan Sukan Terengganu, Jalan Pasir Panjang, Kuala Terengganu mulai esok.

Program anjuran Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Kelab Nusa Mahsuri (NMBC) ini akan dikendalikan oleh barisan jurulatih profesional Kelab Nusa Mahsuri (NMBC) diketuai Datuk Hj Misbun Dato' Sidek.

Pada kali ini, beberapa tenaga penting kelab termasuk bekas juara Seluruh England 2003, Muhammad Hafiz Hashim dan Semi Finalis Remaja Asia, Misbun Ramdan Misbun dijangka turut mengambil bahagian dalam usaha memberi tunjukajar permainan badminton betul kepada bakat-bakat baru.

25 Julai 2009

Pemain Pilihan Kejohanan Dunia 2009


PEMAIN PILIHAN
KEJOHANAN DUNIA YONEX SUNRISE 2009
TARIKH: 10 - 16 OGOS 2009
VENUE: GOWCHI BOWLI, HYDERABAD, ANDRA PRADESH, INDIA

Sila klik disini

19 Julai 2009

Hari Ketiga: Penutup Kem Bakat Zon 1



MAJLIS penutup Kem Bakat Badminton Zon 1 meliputi negeri Johor, Negeri Sembilan dan Melaka telah dirasmikan oleh Pengarah Pembangunan dan Kemajuan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negara, Encik Ghani Abd Rahman pada jam 11.30 tadi.

Pada majlis tersebut, beliau telah berucap dan menyampaikan sijil-sijil penyertaan kepada 42 peserta dan barisan jurulatih NMBC diketuai Datuk Misbun Dato' Sidek.

Hari Kedua Kem Bakat Zon 1 : Motivasi bersama Jurulatih

PADA sebelah malamnya, satu sesi motivasi telah berlangsung di bilik kuliah Kompleks Belia dan Sukan JBS Johor, Larkin.

Selain Datuk Misbun, Rahman, Roslin, Zulfari, Shahrizal, Misbun Shawal, Norazman dan Ridwan, hadir sama menyertai sesi ini ialah bekas bergu utama negara, Jalani Sidek yang juga Penasihat NMBC dan Ab Rahim Bakar, Bendahari NMBC.

18 Julai 2009

Hari Kedua: Gambar menarik Kem Bakat Zon 1





BERIKUT disertakan gambar-gambar menarik sekitar Kem Bakat Badminton Zon 1 yang melibatkan penyertaan seramai 42 peserta bawah 14 tahun dari Johor, Melaka dan Negeri Sembilan diambil pada pagi ini bersamaan 18 Julai 2009.

Kem ini dianjurkan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri (NMBC). Mengetuai barisan tenaga jurulatih terdiri daripada Datuk Misbun Dato' Sidek, Rahman Dato' Sidek dan Roslin Hashim disamping penampilan khas bekas bergu utama negara, Jalani Dato' Sidek.

Turut menyaksikan program yang julung-julung diadakan pada tahun ini ialah Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, KBS Datuk Fathul Razi Bakri dan isteri yang berkesempatan beramah mesra dengan semua peserta dan jurulatih.



17 Julai 2009

Model terbaru Yonex 2009

Ini merupakan model terbaru Yonex 2009. Dari kanan model untuk Datuk Lee Chong Wei (biru), Taufik Hidayat (merah), Peter Gade (putih) manakala hitam khas untuk ketiga-tiga pemain berkenaan.
Pasukan Malaysia
Pasukan IndonesiaPasukan Jepun

Tingkatkan usaha kokurikulum setanding akademik - Misbun

Misbun sedang menyampaikan surat penghargaan kepada salah seorang pelajar cemerlang dalam aktiviti kokurikulum.
Dari kanan, Misbun diapit, Dr Yatim terpegun dengan persembahan gimik warga pelajar KPM Beranang.
Misbun sedang menyampaikan ucapan bersempena penerimaan anugerah Wira Sukan Negara.
Sebahagian warga KPM Beranang tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan otograf daripada Misbun.
Kenangan...kakitangan kanan dan pelajar cemerlang mengabadikan kenangan bergambar dengan Misbun. Turut kelihatan ialah Azemi Yusoff , Pengarah Bahagian Pengajian Tinggi MARA (duduk dua dari kiri)

JURULATIH badminton kebangsaan, Datuk Misbun Dato' Sidek menyeru setiap warga pelajar khususnya Kolej Profesional MARA (KPM) supaya mempertingkatkan usaha dalam bidang kokurikulum setanding pencapaian akademik.

"Kegiatan kokurikulum hari ini bukan semata-mata merujuk kepada bidang sukan sahaja sebaliknya ia sendiri merujuk kepada skop kegiatan luar yang lebih luas meliputi persatuan, kelab, badan beruniform dan juga aktiviti tidak formal yang boleh membentuk jati diri seseorang individu ke arah kebaikan.

"Para pelajar seharusnya tidak alpa dan terawang-awang dengan aktiviti yang boleh menjerumuskan diri ke arah kehancuran. Ingatlah, setiap diharungi pada masa depan memerlukan kecekalan dan ketinggian jati diri untuk menjadi ahli masyarakat yang berguna," ujarnya semasa berucap di majlis Malam Gala Kokurikulum KPM Beranang malam tadi.

Beliau yang juga Penasihat Kelab Badminton Nusa Mahsuri melahirkan rasa bangga dengan pendekatan yang diambil MARA yang berjaya mengumpul peserta-peserta dikalangan warga badan itu untuk menyertai apa jua sukan disertai.

Aktiviti-aktiviti seumpama ini katanya, akan mengeratkan hubungan silaturahim dikalangan warga MARA sambil melahirkan pelajar yang cergas akal dan sihat tubuh badan.

Pada majlis tersebut, KPM Beranang telah memilih Misbun sebagai penerima Anugerah Wira Sukan Negara disamping penyampaian beberapa anugerah lain termasuk anugerah pelajar cemerlang Kokurikulum, anugerah pasukan cemerlang kokurikulum serta anugerah khas kepada warga pelajar dan staf.

Turut hadir pada majis itu ialah Pengarah Bahagian Pengajian Tinggi MARA, Encik Mohd Azemi Yusoff dan Pengarah KPM Beranang, Dr Mohd Yatim Nawai.

Terdahulu dari itu, Mohd Azemi ketika merasmikan majlis tersebut berkata, program-program kokurikulum seharusnya tidak dipandang ringan dalam sistem pendidikan kerana menerusi aktiviti seumpama inilah nilai-nilai 'soft skill' pelajar dapat dibentuk selain meninggikan tahap sahsiah dan jati diri yang tinggi.

Selaras dengan itu katanya, bahagiannya telah mengambil langkah awal dengan menjadikan kokurikulum sebagai syarat kelayakan penganugerahan Diploma/HND di KPM Beranang sejak tahun 1997 lagi.

"Saya amat berharap aktiviti-aktiviti kokurikulum dapat ditingkatkan merangkumi penglibatan semua pelajar supaya ia mampu melahirkan modal insan yang cemerlang pada masa depan. Kita mahu generasi muda bukan sahaja menguasai ilmu pengetahuan malah berketrampilan dan sahsiah mulia sebagai cabaran menghadapi era globalisasi,"katanya.

14 Julai 2009

KBS-Nusa Mahsuri mengorak langkah anjur Kem Bakat bermula 17 Julai

DALAM usaha mencungkil bakat-bakat baru di peringkat akar umbi dan melakukan transformasi sebagai menyahut slogan Perdana Menteri 'Satu Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan', Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri mengorak langkah untuk menganjurkan Kem Bakat Badminton bermula pertengahan Julai ini.

Kem selama tiga hari itu akan dikendalikan barisan jurulatih profesional Nusa Mahsuri diketuai Ketua Jurulatih, Haji Abdul Rahman Datuk Sidek disamping menerima sentuhan khas daripada jurulatih badminton kebangsaan yang terdiri daripada Datuk Misbun Datuk Sidek dan Haji Abdul Rashid Datuk Sidek.

Pengarah Cawangan Pembangunan dan Kemajuan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negara, Abdul Ghani Abdul Rahman berkata, sebagai langkah permulaan program tersebut akan dijalankan di enam zon.

Zon 1
(Johor, Melaka & Negeri Sembilan)
Tarikh: 17 - 19 Julai 2009
Lokasi: Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor, Larkin

Zon 2
(Terengganu, Kelantan & Pahang)
Tarikh: 31 Julai - 2 Ogos 2009
Lokasi: Kompleks Belia dan Sukan Terengganu, Kuala Terengganu

Zon 3
(Perlis & Kedah)
Tarikh: 2 - 4 Oktober 2009
Lokasi: Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perlis, Kangar

Zon 4
(Selangor & Wilayah Persekutuan)
Tarikh: 9 - 11 Oktober 2009
Lokasi: Kompleks Rakan Muda Puchong, Selangor

Zon 5
(Kelantan, Terengganu & Pahang)
Tarikh: 6 - 8 November 2009
Lokasi: Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Panji

Zon 6

(Perak & Pulau Pinang)
Tarikh: 13 - 15 November 2009
Lokasi: Kompleks Belia dan Sukan Perak, Ipoh

Kem itu jelasnya, adalah sangat penting untuk memberi bimbingan terhadap sistem permainan yang betul kepada para peserta supaya mereka mampu mengenengahkan ke tahap lebih tinggi lagi sambil memberi keyakinan untuk pergi lebih jauh lagi pada masa depan.

Kata Abdul Ghani, pihak kementerian telah menetapkan untuk memberi keutamaan bakat-bakat baru berusia 10 - 14 tahun kebawah yang memiliki asas permainan dan tidak pernah mewakili mana-mana negeri.

"Pemilihan peserta akan merangkumi penyertaan dari semua negeri dalam setiap zon. Peserta yang terpilih hendaklah membawa keperluan asas sebagaimana pemain badminton termasuk raket dan berpakaian sebagai pemain badminton semasa menjalani latihan di kem kelak, "ujarnya.

Antara modul latihan yang bakal diterap termasuk latihan teknikal, shuttle drill, senaman, kemahiran, sesi dialog dan program motivasi.

Klik disini

Draw & Keputusan Individu Remaja Asia Bawah 19 2009

DRAW & KEPUTUSAN
KEJOHANAN BADMINTON REMAJA ASIA BAWAH 19 TAHUN YONEX SUNRISE 2009
TARIKH: 15 -19 JULAI 2009
VENUE: KUALA LUMPUR
ACARA INDIVIDU

Untuk mengetahui draw perlawanan dan keputusan terkini acara individu di kejohanan ini, sila klik disini

13 Julai 2009

Draw & Keputusan Berpasukan Remaja Asia Bawah 19 Tahun 2009

DRAW & KEPUTUSAN
KEJOHANAN BADMINTON REMAJA ASIA BAWAH UMUR 19 TAHUN YONEX SUNRISE 2009
VENUE: KUALA LUMPUR
TARIKH: 12 - 15 JULAI 2009
ACARA BERPASUKAN

Untuk mengetahui draw perlawanan dan keputusan terkini kejohanan, sila klik disini

08 Julai 2009

Selamat Ulangtahun Kelahiran buat Rashid Sidek

PIHAK pengurusan Kelab Badminton Nusa Mahsuri (NMBC) ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran ke-41 buat Haji Abdul Rashid Dato' Sidek, Penasihat NMBC yang juga Ketua Jurulatih Perseorangan Kebangsaan pada hari ini bersamaan 8 Julai 2009.

Moga kehadiran detik bermakna ini akan memberi iltizam tinggi dan rangsangan lebih jitu dalam setiap rezeki yang dicari selain mengharungi kehidupan mendatang dalam suasana kebahagiaan bersama keluarga tersayang dan sentiasa mencerna kejayaan demi kejayaan buat skuad badminton kebangsaan pada masa akan datang, insyaAllah.

07 Julai 2009

Draw & Keputusan GP Terbuka Amerika Syarikat 2009

DRAW & KEPUTUSAN
KEJOHANAN BADMINTON GRAND PRIX TERBUKA AMERIKA SYARIKAT YONEX 2009
TARIKH: 6 – 11 JULAI 2009
VENUE: ORANGE COUNTY BADMINTON CLUB, LOS ANGELES USA

Untuk mengetahui draw perlawanan dan setiap keputusan terkini, sila klik disini

Pemain Pilihan GP Terbuka Amerika Syarikat 2009

SENARAI PEMAIN PILIHAN
KEJOHANAN BADMINTON GRAND PRIX TERBUKA AMERIKA SYARIKAT YONEX 2009
TARIKH: 6 – 11 JULAI 2009
VENUE: ORANGE COUNTY BADMINTON CLUB, LOS ANGELES USA

Untuk mengetahui senarai pemain pilihan kejohanan sila klik disini

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails