Blog rasmi Kem Bakat Badminton KBS

Badminton Unlimited 2016 | Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Negaraku...berkumandang di bumi Mesir selepas Ridzwan Rahmat/Misbun Shawal muncul juara

Youtube

Instagram

Twitter

05 Mei 2019

Salam Takziah buat keluarga Ustaz Sulaiman Akira Hamanaka


Innalillahiwainnailaihirajiun. 

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Ustaz Sulaiman Akira Hamanaka yang telah kembali ke rahmatullah awal pagi tadi waktu Jepun. Perkara ini disahkan sendiri oleh anak lelaki beliau, Atallah Hamanaka pagi ini. 

Seorang pendakwah yang cukup disegani di Jepun terutama di Negeri Ehime dan terlibat secara langsung dalam Ikatan Persaudaraan Islam Jepun. Pernah melanjutkan pengajian di Pusat Islam Malaysia suatu ketika dahulu. 

Beliau turut bergerak aktif sebagai Penasihat Utama Persatuan Badminton Ehime dan mencetus jalinan kerjasama dengan Nusa Mahsuri melebihi 15 tahun khasnya program pembangunan dan khidmat jurulatih ke negara Matahari Terbit. 

Semoga roh beliau ditempatkan dalam kalangan para syuhada & solehin. Al-Fatihah...

24 Januari 2019

Sembah Tahniah buat Al-Sultan Abdullah sebagai SPB Yang di-Pertuan Agong XVI


Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah kepada KDYMM Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah , Sultan Pahang Darul Makmur atas perlantikan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI. 

 Daulat Tuanku!

17 Oktober 2018

Kunjungan hormat lagenda badminton negara bersama YB Syed Saddiq


Presiden Kelab Badminton Nusa Mahsuri, Dato' Seri Mohd Jalani Dato' Haji Sidek bersama-sama abangnya, Datuk (Dr) Misbun Dato' Haji Sidek yang juga Ketua Jurulatih Perseorangan Lelaki Persatuan Badminton Malaysia dan adiknya, Haji Abdul Rahman Dato' Haji Sidek hari ini melakukan kunjungan hormat dan ramah mesra ke atas Menteri Belia dan Sukan, YB Tuan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di pejabatnya.

Pada majlis itu, barisan lagenda badminton negara dan Tuan Syed Saddiq saling bertukar-tukar pandangan dan berbicara berhubung pembangunan sukan badminton negara.

29 Ogos 2018

Salam Kemerdekaan, Selamat Hari Kebangsaan buat seluruh rakyat Malaysia



Salam Kemerdekaan ke-61 dan Selamat Hari Kebangsaan 2018 diucapkan buat seluruh rakyat Malaysia dimana sahaja berada yang akan menyambutnya pada 31 Ogos ini.


Sayangi negara kita, Malaysiaku.

16 Ogos 2018

4 pemain Perancis tamat latihan dengan jayanya di Nusa Mahsuri


Empat pemain dari Perancis selamat menamatkan program latihan intensif di Nusa Mahsuri kelmarin.

Mereka memulakan latihan sejak empat minggu lalu dibawah pengawasan Ketua Jurulatih, Haji Abd Rahman Dato' Haji Sidek dan Salim Samion.

Well done guys!

17 Julai 2018

Dua bakat cilik India berjaya tamat latihan intensif


Dua bakat cilik dari India telah selamat menamatkan latihan intensif selama beberapa minggu dan menerima sijil tamat latihan disampaikan oleh Ketua Jurulatih, Haji Abd Rahman Dato' Haji Sidek.

29 pemain SMK Tanjung Pauh Jitra kunjungi Nusa Mahsuri


SERAMAI 29 pemain Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Pauh, Jitra telah melakukan kunjungan ke Nusa Mahsuri diketuai guru penasihatnya, Cikgu Uziati Omar baru-baru ini.

Ketibaan delegasi sekolah dari negeri Kedah ini disambut oleh barisan jurulatih kelab diketuai Ketua Jurulatih, Haji Abd Rahman Dato' Haji Sidek sambil menerima taklimat ringkas dan perjalanan latihan di kelab.


05 Julai 2018

Tahniah buat YB Syed Saddiq, YB Steven Sim Chee Keong


Pengurusan Kelab Badminton Nusa Mahsuri ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ahli Dewan Rakyat kawasan Muar, YB Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman atas pelantikan sebagai Menteri Belia dan Sukan yang baharu.

Tidak lupa juga buat Ahli Dewan Rakyat kawasan Bukit Mertajam, YB Tuan Steven Sim Chee Keong sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Selamat bertugas dan memacu halatuju pembangunan sukan lebih cemerlang lagi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails